Home Petua Tips Abam Polis Berdiri Kat Roadblock Pegang Kertas Tertulis ‘Sepatutnya Hari Ini Saya...

Abam Polis Berdiri Kat Roadblock Pegang Kertas Tertulis ‘Sepatutnya Hari Ini Saya Nikah’. Ini Punca Sebenar

206
0

” Terima kasih tuan atas pengorbanan ini. Mohon boss dia bg dia cuti sekejap untuk kahwin. Sehari dua pon jadilah.”

Demikian antara komen ditinggalkan warganet susulan gambar tular seorang anggota polis berdiri di sekatan jalan raya sambil memegang kertas.

Menariknya, tulisan di kertas itu tertera, ‘Sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.2021’.

Sepatutnya dia telah bergelar suami, namun demi tugas dan tanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVlD-19, seorang anggota polis berpangkat konstabel sanggup menangguhkan majlis nikah yang dija­dualkan berlangsung semalam.

Konstabel, Ahmad Zaim Nasreen Musa, 26, yang berasal dari Felda Jelai, Gemas berkata, dia sepatutnya bernikah dengan seorang pekerja swasta, Mas Ayuvita Azizul, 24, di Masjid Felda Palong 8 pukul 10 pagi semalam, namun perancangan itu terpaksa ditangguhkan ekoran pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ekoran itu, dia yang merupakan anggota Unit Pencegahan Jnayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield ditugaskan menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Brickfield Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Zaim, dia nekad untuk memegang kertas yang tertera tulisan ‘Sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.2021’ ketika bertugas semalam bagi me­ningkatkan kesedaran orang awam untuk sama-sama bertanggungjawab memutuskan ­ran­tai­an Covid-19.

Selain itu, ia bagi memujuk hati bakal isterinya susulan pernikahan mereka terpaksa ditunda ke tarikh yang lebih sesuai.

” Insya-Allah, keluarga kedua-dua belah pihak faham dengan keadaan ini (tangguh majlis).

” Sedih, memang sedihlah tetapi di­sebabkan perbezaan negeri dan status kawasan (zon kuning dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) terpaksa tundalah.

” Takut pula nanti terjadi kluster baharu. Buat masa ini, kami masih tiada tarikh untuk majlis nikah, namun berkemungkinan ia akan dilaksanakan selepas PKP tamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bercerita lanjut, Ahmad Zaim berkata, dia sudah mengenali bakal isterinya kira-kira empat tahun dan mereka merancang untuk berkahwin tahun lepas.

Menurutnya yang telah dua tahun berkhidmat dalam pasukan polis, majlis nikah dirancang sehari sebelum tarikh lahir Mas Ayuvita pada hari ini, 18 Januari.

” Ini kali pertama kita berhadapan dengan pendemik ini. Saya harap agar orang awam memberikan kerjasama untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam menangani Covid-19.

” Suruh duduk rumah itu memang susah tapi kalau boleh jika tiada urusan penting atau mustahak, duduklah dalam daerah masing-masing,” ujarnya.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Zaim di atas pengorbanan beliau yang tidak terhingga.

Dedikasinya terhadap tugas sehingga sanggup menangguhkan majlis pernikahan seharusnya dipuji dan mendapat perhatian pegawai atasannya.

” Selamat bertugas bang bersabarlah buat seketika semoga jodoh abg sedia menanti sungguh besar pengorbananmu…” tulis Ida.

” Tabik..hormat buat awk adik polis..semoga Allah melindungi dan merahmati awk..satu hari nanti pasti awk akn bernikah jgk..” tulis Rozita.

Sumber:k0smo

Previous articleRupanya PakGuard Yg Fying K1ck LeIaki Tmpatan Bukan Wrga BngIad3sh. Siapa Mereka Sebenarnya Didedahkn
Next articleWanita Jerman Jadi Pilihan Hati, Ini Punca Amir Boleh Terima Gadis Cantik Ini…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here