Home Petua Tips “Ada Yang Tanya Bolehkah Jag4 Ramai?” – Pernah Kegugvran Dua Kali, Ayu...

“Ada Yang Tanya Bolehkah Jag4 Ramai?” – Pernah Kegugvran Dua Kali, Ayu Raudhah Syukur Nikm4t Dikel1lingi Anak Ramai

77
0

Pelakon Ayu Raudhah tidak menafikan ketika ini, dia selesa meletakkan keutamaan kepada keluarga, sementelah anak-anak kini sedang melalui proses membesar.

Meski akui masih rindu untuk kembali beraksi di kaca televisyen, namun ibu kepada lima cahaya mata ini menyifatkan suami dan anak-anak adalah sebagai pelengkap hidup yang membahagiakan hidupnya.

“Jujurnya tak rancang nak ada anak berapa. Cuma sebelum ini hasrat mahu tujuh cahaya mata. Cuma sebelum ini tak ada rezeki, saya alami kegugvran dua kali.

“Kalau ikutkan suami, nombor kegemarannya ialah lapan,” katanya di samping suami tercinta, ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha.

Ditanya pendirian serta persepsi sesetengah pihak terhadap ibu bapa yang mempunyai ramai anak, pelakon drama bersiri Cinta Bukan Kristal ini terbuka mengenai rezeki zuri4t.

“Ia bergantung pada pandangan masing-masing, kita cuba letak diri kita di mana. Macam saya, saya gembira dengan kehidupan dikelilingi anak yang ramai.

“Malah baik saya dan suami, kami pun dibesarkan di dalam keluarga yang besar. Bagi saya okay dan kami pun sudah biasa dengan situasi itu,” katanya.

Sementara itu bagi Zaquan, dia senang melihat kemeriahan serta hubungan akrab yang terjalin di antara keluarga yang besar.

“Saya ada adik beradik tujuh orang, ada abang dan kakak. Kalau boleh bagi saya, biarlah anak-anak kami rapat di antara sama tu sama lain, macam keluarga saya yang rapat dengan famili isteri.

“Bila anak-anak sudah besar, balik kampung saya nak meriah. Jadi memang prefer ada anak ramai,” katanya.

“Saya tak nafikan ada yang tanya bolehkah anak (jaga) ramai? Bagi saya sesetengah orang mungkin hanya isteri yang jaga anak sepenuhnya sementara suami keluar cari rezeki.

“Syukur setakat ini bila sudah beranak lima ni, kami sama-sama cuba jaga. Jadi sebab itulah, saya tidak rasa seolah-olah kena jaga mereka seorang diri.

“Walau macam mana pun, kita kena sama-sama h4dap, sama-sama membesarkan,” kata Ayu yang kini dilantik sebagai wajah wakilan dan rakan niaga butik ByLR, baru-baru ini.

Terdahulu, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser,9, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.

Foto: Instagram Ayu Raudhah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous article“Seti4p Kali Ramadan, Saya Akan Minta Sarah Mas4kkan Pajeri N4nas” – Shuib
Next article“Bila Dah Tan4m Pokok Ni Baru Tau,” – 400 Poh0n Durian Musang King M4ti, Aliff Syukri Bel4jar Dari Peng4laman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here