Home Petua Tips Adam’s Family akur kontrak rumah sewa tak diperbaharui, percaya ada yang tak...

Adam’s Family akur kontrak rumah sewa tak diperbaharui, percaya ada yang tak senang dengan anak aut1sme – “Dia takkan g4nggu kamu lagi”

66
0

RIBUAN mesej membanj1ri perkongsian seorang bapa yang meluahkan per4saan sed1h berhubung situasi yang dihadapi keluarganya apabila terp4ksa berpindah kerana kontrak sewaan kediamannya tidak diperbaharui.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram, Iman Wan Tuck Meng berkata, ia dipercayai aduan yang dibuat oleh jiran-jirannya yang kurang menyenangi kehadiran anak istimewanya, Adam, yang mengh1dap aut1sme.

“Kepada jiran di kiri dan kanan kami di Temasya Suria (Shah Alam). Kami tahu apa yang anda lakukan dan kami tahu anda orang yang macam mana… tapi jangan bimbang. Impian anda sudah jadi kenyataan.

“Kamu dah berjaya minta pemilik untuk tidak memperbaharui sewaan kami. Kami akan berpindah keluar hujung bulan ini. Anak lelaki saya tidak akan g4nggu kamu lagi.

“Mohon maaf untuk semua ketidakseles4aan yang ditimbulkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kehidupan yang baik selepas ini,” tulisnya dalam hantaran di laman sosial tersebut.

Anak kedua Iman Wan, Adam, 20, dis4hkan mengh1dap ‘Aut1sm Spectrvm Dis0rder’ (ASD) dan g4ngguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak berusia dua tahun enam bulan.

adam 1

Iman Wan menggunakan media sosial untuk berkongsi kisah Adam (dua, kiri) dan keluarganya.

Sementara itu pada bahagian kapsyen, Iman Wan yang juga bapa kepada tiga cahaya mata menjelaskan, anak lelaki tunggalnya itu bukan membuat b1sing setiap masa.

“Dan walaupun dia berbuat demikian, tidak pernah dari subuh hingga malam.

“Kami mendapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa sebab penyewaan kami tidak akan diperbaharui kerana pemilik berasa terlalu tertek4n sepanjang tahun daripada aduan yang dibuat oleh dua jiran kami kepadanya.

“Kami faham dan kami tahu di mana duduk kami,” ujar Iman Wan yang juga seorang komposer suatu ketika dahulu.

adam 2

Adam merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik.

Sungguhpun begitu, Iman Wan berkata dia dan keluarganya reda dengan apa yang berlaku dan yakin dengan takdir Allah.

“Saya percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik. Kami reda.

“Sebab saya membuat perkongsian ini adalah supaya keluarga yang mempunyai keadaan yang sama akan tahu bahawa tidak semua orang boleh menerima individu autistik seperti anak kami.

“Kami perlu bekerja lebih keras dan terus mendidik tentang kesedaran, penerimaan dan pemahaman aut1sme. InsyaAllah,” tulisnya dalam perkongsian pada Jumaat.

Saya percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik. Kami reda.

IMAN WAN

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang sedang dihadapi keluarganya.

Malah, ada yang menawarkan agar keluarga Iman Wan berpindah ke kawasan kejiranan mereka yang lebih berfikiran terbuka.

“Semoga Allah gantikan dengan kejiranan yang lebih baik. Ujian bukan untuk Adam’s family sebenarnya tapi ujian untuk mereka yang bergelar jiran. InsyaAllah terus sabar dan kuat ya buat Adam’s family.

adam 3

Perkongsian di laman Instagram Story di mana Iman Wan menzahirkan rasa terh4ru dengan keprihatinan warganet.

“Kurangnya nilai empati…. manusia semakin mementingkan diri.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan anda sekeluarga. Untuk jiran pula, jangan risau tentang mereka. Ia hanya menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka,” demikian antara komen netizen.

Sementara itu menerusi satu hantaran di IG Story tidak berapa lama selepas perkongsiannya, Iman Wan menzahirkan rasa terh4ru dan terima kasihnya yang tidak terhingga dengan keprihatinan warganet.

Adam’s Family dikenali di Instagram kerana sering berkongsi mengenai aktiviti keluarga dan dalam masa yang sama cuba mendidik masyarakat mengenai aut1sme.

Akaun tersebut setakat ini memiliki 393,000 jumlah pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.malaysiatime.me/

Previous article‘Sepatutnya Ini Tarikh Tunang Kita, Awak Pakai Baju & Pelamin Yang Kita Pilih Bersama’ – Lelaki Reda Hantaran RM20k Punca Perplsahan
Next article[VIDEO] Orang Korea teka umur Ummi Nazeera 14 & 16 tahun, “Terkejut depa…”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here