Home Petua Tips Tak ada limau tapi Syed Saddiq agih 30 komputer riba hari ini

Tak ada limau tapi Syed Saddiq agih 30 komputer riba hari ini

101
0

CUTI umum bukan bermakna cuti dari melaksanakan tanggungjawab.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggunakan kesempatan cuti umum untuk menyemak pesanan komputer riba yang diterima sebelum diagihkan kepada pelajar yang memerlukan.

“Pagi ni kita ‘unboxing’ 30 laptop untuk pelajar Parlimen Muar.

“Moga semua sentiasa dimurahkan rezeki tahun baru,” itu kemaskini beliau di Twitter.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini melancarkan beberapa program bertujuan megutip dana bagi membantu golongan pelajar kurang berkemampuan memiliki komputer riba peribadi.

Menerusi BotakChallenge Disember lalu, beliau berjaya membantu kira-kira 300 pelajar, dan menerusi program ThunderBold yang baru dilancarkan, beliau berjaya mengumpul lebih RM140,000 setakat ini.

Sumber astroawani

Previous article‘Waktu Subuh Dtg Tapi Zohor Tak Dtg’ Anak Tak Sedap Hati Pd Ayah.Rupanya Ini Berlaku Pd Ayah
Next articlePunca kjadian pmunggahan ‘g4nas’ bbitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti.Tak Sangka Sebab Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here