Home Petua Tips Akaun Digodam, Diva AA Percaya Pengikut Neelofa Adalah Dalang Selepas Video “Perutusan...

Akaun Digodam, Diva AA Percaya Pengikut Neelofa Adalah Dalang Selepas Video “Perutusan Khasnya” Tular

51
0

Nama pengacara dan pelakon, Azwan Ali atau mesra dipanggil Diva AA menjadi sebutan wargamaya selepas mengecam Neelofa berikutan tindakannya berkali-kali melanggar prosedur operasi standard (SOP). Diva AA yang geram dengan tindakan selebriti berkenaan meluahkan amarahnya di media sosial milik peribadinya.

Semalam, Diva AA sekali lagi mengeluarkan ‘perutusan khasnya’ di laman sosial dengan mengecam mereka-mereka yang melanggar SOP sehingga kes meningkat dengan begitu mendadak di mana jumlah kes positif tertinggi telah direkodkan. Tidak kira artis, menteri atau orang awam semuanya “disapu” sekali harung dalam video tersebut di mana dia dengan lantang memaki hamun mereka.

https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1394949963033890821?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1394949963033890821%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.koolfm.com.my%2Fkoolhiburan-akaun-digodam-diva-aa-percaya-pengikut-neelofa-adalah-dalang-selepas-video-perutusan-khasnya-tular%2F

Video ‘perutusan khas’ itu tular sehingga ke hari ini sehingga nama Diva AA trending di Twitter dengan rata-rata wargamaya menyokong apa yang dikatakannya. Mungkin bahasa dan cara penyampaiannya agak kasar namun ramai yang berpihak kepada Diva AA kerana mereka sudah muak dan letih dengan perangai mereka-mereka yang masih berdegil melanggar SOP.

Hari ini, salah satu akaun Instagram peribadi Diva AA digodam dan melihat kepada halaman akaun tersebut, Diva AA telah kehilangan hampir kesemua pengikutnya. Diva AA percaya bahawa akaunnya digodam oleh pengikut Neelofa yang tidak suka dengan ‘perutusan khas’ dan kata-kata makian yang dilontarkan kepada artis berkenaan. Namun, perkara ini belum disahkan dan tiada bukti menunjukkan begitu.

https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1395211241761636353?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1395211241761636353%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.koolfm.com.my%2Fkoolhiburan-akaun-digodam-diva-aa-percaya-pengikut-neelofa-adalah-dalang-selepas-video-perutusan-khasnya-tular%2F

Aktif di laman media Twitter, Diva AA terus mengecam selebriti tersebut lagi-lagi hari ini Neelofa dan suami dihadapkan ke mahkamah. Masih tetap dengan apa yang dikatakan sebelum ini, Diva AA mahu Neelofa dipenjara atas segala kesalahan yang telah dilakukan.

Terbaru, Diva AA membuat satu lagi akaun baharu bagi menggantikan akuannya yang telah digodam. Dia mewar-warkan berita ini di Twitter dan meminta supaya wargamaya mengikutinya. Ramai sebenarnya yang sudah “beratur” dan menunggu untuk follow akaun Instagram Diva AA yang terbaru ini.

https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1395244336770535428?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1395244336770535428%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.koolfm.com.my%2Fkoolhiburan-akaun-digodam-diva-aa-percaya-pengikut-neelofa-adalah-dalang-selepas-video-perutusan-khasnya-tular%2F

Nampak gayanya Diva AA masih belum berputus-asa, pantang Diva AA dicabar. Apa pun kita doakan agar konflik ini segera berlalu. Marilah kita sama-sama jaga dan lindung diri sendiri serta keluarga.

 

Sumber: Diva AA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous article“Dia Perjuangkan Islam” Mawar Rashid Rasa Simpati, Tidak Mahu Neelofa Kena Penj4ra
Next articleH4ngat ‘perang’ laksa, Tunku Azizah minta jangan g4duh… yang penting tumis betul-betul, cukup rempah – “Ikan apa pun boleh” –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here