Home Petua Tips H4ngat ‘perang’ laksa, Tunku Azizah minta jangan g4duh… yang penting tumis betul-betul,...

H4ngat ‘perang’ laksa, Tunku Azizah minta jangan g4duh… yang penting tumis betul-betul, cukup rempah – “Ikan apa pun boleh” –

62
0

MEDIA sosial kini hangat memperkatakan ‘perang’ antara laksa Johor dan laksa Kedah, dengan masing-masing berkongsi resipi makanan itu.

Begitu hebat penangan laksa dari dua negeri sehinggakan carian ‘laksa’ di Facebook akan memaparkan ‘laksa gaduh viral’ sebagai carian paling popular.

Semuanya gara-gara penggunaan ikan dalam masakan laksa, di mana jangan menjatuhkan standard menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan itu.

“Kalau tak ada ikan parang, guna ikan tenggiri. Jangan jatuhkan standard kami orang Johor menggunakan ikan kembung dan ikan selayang. Itu standard orang utara atau pantai timur,” komen seorang netizen sehingga menjadi tular.

‘Chap’ laksa yang dihasilkan oleh Tunku Azizah.

Isu laksa yang tular turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang meminta semua pihak tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat berhubung masakan dari negeri masing-masing.

“Kita jangan bergaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering atau ikan masin. Yang penting, tumis betul-betul dan cukup rempah dan main api sehingga naik minyak.

“Laksa Pahang pun sedap. Saya gabungkan kuah laksa Johor dan Pahang! Saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spageti.

“Laksa Pahang juga sedap sangat. Tidak ditumis, cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah laksa Johor! Saya suka laksa beras dan laksa tepung, dimasak atas kayu api… baunya sedap!” titah tuanku.

Kita jangan bergaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering atau ikan masin. Yang penting, tumis betul-betul dan cukup rempah dan main api sehingga naik minyak

TUNKU AZIZAH

Saranan Tunku Azizah turut disokong oleh cef selebriti, Chef Adu dan Yatie Kitchen.

“Betul tu Tuanku! Patik setuju sangat!” komen Chef Adu.

“Nanti ajar patik pula ‘chap’ spageti tu ya Tuanku,” ujar Yatie Kitchen.

Perkongsian Tunku Azizah di laman Instagram rasmi baginda.

Dalam pada itu, menerusi satu video yang dikongsikan, Tunku Azizah turut menunjukkan cara membuat gulungan laksa atau dipanggil sebagai ‘chap’.

“Kena minta maaf di sini, orang Johor pandai ‘chap’ laksa spageti tapi orang Pahang pandai ‘chap’ laksa tepung dan orang Terengganu pandai ‘chap’ laksa beras…

“Tapi sekarang tak ramai pandai ‘chap’… saya pun kena belajar semula dengan Wokwok! Laksa tepung atau beras di masak atas kayu api, baunya sedap sangat!” titah tuanku.

Tunku Azizah terkenal dengan hobi memasaknya sama ada menu tradisional mahupun manisan, sekali gus lebih mendekatkan diri baginda kepada rakyat.

Baginda telah menghasilkan tiga buku iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang yang diterbitkan pada 2007, serta dua naskah buku pada 2018 iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang Masakan Tradisional Pahang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleAkaun Digodam, Diva AA Percaya Pengikut Neelofa Adalah Dalang Selepas Video “Perutusan Khasnya” Tular
Next articleAlhamdulillah. Bantuan Tmbahan RM 500 Diberikan Kepada Golongan Berikut. Ini Cara Smak Kelayakan Dan Tarikh Byaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here