Home Petua Tips Warga Emas Ini Ditinggalkn Kelaparan di Surau Oleh Ahli Kluarga Sendiri. Trbongkar...

Warga Emas Ini Ditinggalkn Kelaparan di Surau Oleh Ahli Kluarga Sendiri. Trbongkar Kisah Sbenar Bila LZS Datang

147
0

Sejurus mendapat maklumat mengenai seorang warga emas tidur di salah sebuah surau di sini, kami bergegas untuk membantu beliau memandangkan Selangor adalah negeri tertinggi kes C0vid-19 buat masa ini. Tentunya bah4ya sekiranya golongan beris1ko tinggi tidur di tempat-tempat awam.

P1lu hati kami ketika beliau berkongsi cerita bagaimana beliau telah ditinggalkan di sebuah surau. Beliau tidak mempunyai zuriat kerana belum berumahtangga. Sebelum ini, beliau dijaga oleh anak saudaranya.

Namun sejak kesihatannya yang semakin merosot, ditambah pula dengan suasana yang tidak menentu kerana PKP, ahli keluarga yang menjaganya telah meninggalkan beliau di salah sebuah surau.
Peringkat awal beliau tidak menjangkakan beliau akan diperlakukan sedemikian.

Pujukan ahli keluarganya mengajak beliau ke surau tersebut untuk berjemaah, rupanya adalah perancangan untuk meninggalkan beliau di surau berkenaan. Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan beliau.

Ketika kami sampai, beliau mengadu yang kakinya s4kit akibat j4ngkitan kuman, perutnya lapar dan berada dalam keletihan. Alhamdulillah, setelah berunding, beliau bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services di Dengkil.

Zakat Selangor akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatan beliau. Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak.
Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka.

LZS memaklumkan, warga emas berkenaan kini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil.

” Alhamdulillah, selepas berunding, warga emas itu bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil dan LZS akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatannya.

” Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak. Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka,” katanya.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, warganet bukan sahaja bersimpati dengan nasib warga emas terbabit malah mengec4m tndakan ahli keluarga yang meninggalkannya di surau itu.

Rata-rata turut mengucapkan terima kasih kepada pihak LZS yang pantas tampil menyalurkan bantuan.

” Terbaik LZS, zaman sekarang memang kena tunjuk gambar mcm ni, klu tak, ada la sesetengah netizen tak percaya dan tuduh LZS tak buat kerja..” tulis Nadia

” Allahuakbar kesiannya. Terima LZS dan org sekeliling krn membantu.l beliau. Semoga hidup dia lbh tenang dan sihat disitu.” tulis Din.

Sumber: halia bara

Previous articleSekian lama Isteri Mula Dedah Sikap Sebenar Edika Yusof.’Saya Selalu Terima Panggilan Dari Wanita’
Next articleDisndir Olh Model Viet nam,Sekali Stacy Balas Ayat Padu Sampai Nama Dia Trending di Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here