Home Petua Tips “ Doa Selamat Untuk Anak Solehah ” – Kek & Kasut Pink,...

“ Doa Selamat Untuk Anak Solehah ” – Kek & Kasut Pink, Netizen Teruj4 Ernie Zakri & Syamel Bakal Sambut Baby Girl

70
0

Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa syukur selepas dapat menyempurnakan majlis doa selamat untuk dirinya yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Menurut Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, dia tidak menyangka majlis tersebut turut disertakan dengan baby shower untuk kandunganya yang kini memasuki 8 bulan.

Menerusi laman sosial Instagram, Ernie memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis doa selamat dan baby shower tersebut untuk tatapan umum.

Istimewanya lagi, pasangan tersebut turut diraikan dengan kek dua tingkat berwarna merah jambu dengan kasut budak diatasnya seperti menandakan ia adalah bayi perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri


“Syukur alhamdulillah. Berkesempatan untuk buat doa selamat for anak solehah. Tak sangka ada sekali baby shower untuk kita.

“Terima kasih shurami surprise kan kita, rasa macam birthday pula. Sweet sangat lah pula BangMel ni,” ujar Ernie di ruangak kapsyen.

Malah, dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan proses kelahiran kelak berjalan dengan selamat dan lancar.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Ernie yang kelihatan cukup sarat.

Tidak kurang juga ada wargamaya yang teruja melihat Ernie berkongsi tentang ‘anak solehah’ kerana ramai yang meneka pasangan itu bakal menyambut kehadiran bayi perempuan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Previous article[VIDEO] “Bijaknya la dia ni” Rupanya suara sendiri, isteri Fizo Omar dipuji warga TikTok
Next article[Vide0] “Aku Sanggup Cari Jalan Lain…” – Gelagat Lelaki Cu4k Tumpang Lalu Depan Sekumpulan Monyet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here