Home Petua Tips Dikatakan Terb4bas Dua Kali Dan Gementar di AJL 35,Sekali Nabila Razali Tampil...

Dikatakan Terb4bas Dua Kali Dan Gementar di AJL 35,Sekali Nabila Razali Tampil Cerita Sebenar

190
0

“Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni.” antara luahan dari Nabila Razali
gara2 masalah vokal di final AJL 35.

Shah Alam: “Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.”

 

Rata-rata netizen ‘terkejut’ dengan nyanyian Nabila Razali yang didakwa kurang memuaskan dan tidak dinyanyikan dengan elok di beberapa bahagian. Ada yang mendakwa Nabila mungkin terlalu gementar berada di atas pentas memandangkan ini pentas AJL pertama dirinya.

 

Itu kata penyanyi, Nabila Razali susulan persembahannya yang tular menerusi lagu Peluang Kedua pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), semalam.

Kebanyakan ciapan di Twitter menyifatkan nyanyian dan vokal Nabila terkucil pada bahagian tertentu sehingga mencacatkan persembahan itu.

Nabila yang ditemui seusai acara itu, berkata banyak ruang yang masih boleh diperbaiki.

 

 

“Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).

“Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah.

“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.

“Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabila, masalah suara yang dihadapi sebelum ini sudah sembuh sepenuhnya.

“Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.

“Apa yang berlaku kepada saya, tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.

“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai kekuatan untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 selepas mengharungi beberapa siri kontroversi sebelum ini, Nabila mahu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri.

“Untuk saya, ia bukannya untuk mereka. Semua yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri. Ia kerja keras dari ‘team’ saya sendiri.

“Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada untuk memajukan diri saya.

“Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya,” katanya.

komen netizen

 

Sumber : hmetro,mstar

Previous articleRagam AJL35 , Baju Sherry Alhadad disamakan dengan plastik sampah, ‘bean bag’
Next articleKes Temb4k Isteri, Dua Suspek Akn Didkwa Esok. Ini Respon Ketua Polis Johor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here