Home Petua Tips Setakat Tengahari Direkodkan Peningkatan 428 Kees C0V 19,Esok Kerajaan Adakan Mesyuarat...

Setakat Tengahari Direkodkan Peningkatan 428 Kees C0V 19,Esok Kerajaan Adakan Mesyuarat Khas Dan ‘Jika Peserta Tabligh Enggan Tampil Mereka Akn Dibvru’ – Menteri Kesihatan

222
0

JOHOR BAHRU, 15 Mac Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan langkah seterusnya dalam menangani C0V-19 selepas jumlah kes p0sitif j4ngkitan itu merekodkan peningkatan kepada 428 kees sehingga tengah hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata selain Kementerian Kesihatan Malysia (KKM), mesyuarat itu dijangka dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Pertahanan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau langkah yang diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani penularan C0V-19 di Kompleks Imigresen, Kastam dan Ku4rantin, Bangunan Sultan Iskandar di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu.

Dr Adham berkata berdasarkan si4satan awal, kebanyakan kees baharu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur, dari 27 Feb hingga 1 Mac lepas.

Dr Adham sebelum itu berkata sebanyak 190 kees baharu dilaporkan positif C0V-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kees.

Beliau berkata KKM mengambil langkah drastik terhadap jemaah dengan menggunakan Perintah Peng4wasan dan Pemerhatian Seksyen 15 (1) Akta Penceg4han dan Pengawalan Penyakit Berj4ngkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir para jemaah menghadiri perhimpunan tabligh atau kontak rapat kepada kes positif COV-19.

“KKM menyeru mereka yang berada di Masjid Sri Petaling supaya tampil menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

“Jika peserta perhimpunan tabligh berkenaan terus enggan tampil membuat pemeriksaan, KKM akan menggunakan akta itu bagi memaksa dan membvru peserta berkenaan,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Adham berkata seramai 6.8 juta warga asing dan rakyat negara ini sudah disaring di semua pintu masuk Johor sejak 5 Jan lepas sehingga hari ini.

“Kita bersyukur tiada yang positif C0V-19 (daripada saringan) dan ini perkembangan yang sangat baik, maknanya kita boleh kekang kemasukan (C0V-19) dari luar negara,” katanya.

Dr Adham dalam masa sama turut menegaskan mana-mana premis yang didapati terdapat individu disahkan dijangkiti C0V-19 boleh menutup serta-merta premis mereka tanpa menunggu arahan KKM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

Sumber : Bernama.com

Previous article“Happy Birthday To Me” Ucapan Sayu Datin Shahidah Tanpa Ada Aliff Syukri,Setelah Unfollow Di IG Dan Dah Duduk Berasingan Buat Netizen Resah
Next article‘Apa Guna Bini,Mintak Hantaran Mcm Nak Angkat Porche,Pinggan Suami Satu Pun Tak Blh Basuh’ Tapi Ini Jawapan Pemuda Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here