Home Petua Tips Guru muzik guna rekoder pikat hati murid ke sekolah, ‘single’ Iman Troye...

Guru muzik guna rekoder pikat hati murid ke sekolah, ‘single’ Iman Troye paling diminati… rupa-rupanya dah menang banyak pertandingan

71
0

SIAPA sangka suasana pembelajaran di sekolah juga boleh jadi menyeronokkan bermula dari tiupan rekoder.

Seorang guru di Negeri Sembilan mencipta kreativiti menggubah not muzik, menggunakan alat muzik itu bagi menaikkan semangat murid-murid datang ke sekolah.

Dari lagu-lagu komersial dan malar segar hingga ke lagu yang kini trending, kaedah itu ternyata ‘menghidupkan’ kelas muzik di Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang dekat Seremban.

Bercakap kepada mStar, guru berkenaan, Kamarul Shahril Kamarudin berkata, dia mengajar Pendidikan Muzik di SK Senawang, sejak 17 tahun lalu.

Bukan sekadar rekoder, guru berusia 38 tahun itu juga berkebolehan bermain alat muzik lain seperti keyboard, piano, gitar, angklung, caklempong dan dram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Orang selalu tanya apa faedah main rekoder di sekolah? Jadi, saya nak buka mata mereka bahawa rekoder ni boleh bermain macam-macam lagu, bukan setakat do re mi.

“Dengan rekoder, saya mahu menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah. Selain harganya murah, ia juga pendidikan untuk semua,” katanya ketika dihubungi.

cikgu rekoder 6

Kumpulan yang menyertai pertandingan rekoder 2019.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Kamarul, dia yang mengajar murid-murid tahun tiga hingga tahun enam mahu alat muzik itu digunakan bagi mengisi masa lapang.

“Hari-hari murid bawa rekoder. Sementara tunggu bas sekolah datang jemput atau waktu rehat, mereka boleh bermain rekoder.

“Saya mahu membudayakan rekoder, bukan semata-mata untuk mengajar mengikut silibus di sekolah, tetapi juga mengasah bakat mereka,” ujarnya yang berasal dari Seremban.

cikgu rekoder 3

Pertandingan rekoder secara dalam talian pada 2021.

Kelas Pendidikan Muzik selama 30 minit sekali seminggu digunakan Cikgu Kamarul sebaik-baiknya, dengan 20 minit mengikut silibus dan baki 10 minit untuk di luar silibus.

“Saya bagi not-not muzik lagu yang menjadi pilihan kepada murid-murid dengan merujuk video YouTube.

Hasrat saya mahu mengharumkan nama sekolah dan membentuk murid-murid menjadi seorang yang disegani dan berjaya.

KAMARUL SHAHRIL KAMARUDIN

“Ia dijadikan sebagai homework untuk mereka berlatih sendiri menggunakan rekoder di rumah sebelum melakukannya bersama-sama di kelas pada minggu berikutnya.

“Lagu kegemaran saya adalah Malam Semakin Dingin nyanyian asal kumpulan Spin yang kini dipopularkan secara duet oleh Tajul dan Afieq Syazwan. Lagu paling menjadi diminati murid-murid pula adalah Teman yang dinyanyikan oleh Iman Troye,” tambahnya.

cikgu rekoder 8

Johan band 2016.

Selain melatih bermain rekoder, bapa kepada empat cahaya mata itu juga mengasah bakat murid-murid menerusi pelbagai alat muzik untuk menyertai pertandingan muzik.

Band SK Senawang di bawah bimbingan Cikgu Kamarul menjadi johan di Negeri Sembilan bagi pertandingan rekoder selama dua tahun berturut-turut pada 2018 dan 2019.

cikgu rekoder 5

Johan band 2020.

SK Senawang juga meraih tempat ketiga bagi Pertandingan Rekoder Kebangsaan pada 2018 dan johan rekoder dua (atas talian) peringkat Negeri Sembilan pada 2021.

Turut mencatat kejayaan apabila sekolah tersebut menjadi johan kombo band sekolah rendah peringkat Negeri Sembilan pada 2016, 2018, 2019 dan 2020.

cikgu rekoder 7

Cikgu Kamarul mahu mengharumkan nama SK Senawang dengan mengasah bakat murid-murid dalam bidang muzik.

Berdasarkan pencapaian itu, Cikgu Kamarul mahu menggalakkan mereka yang berminat dalam bidang muzik untuk ke sekolah seni selepas tamat persekolahan di sekolah rendah.

“Penyertaan mereka secara aktif dalam kokurikulum dalam aktiviti muzik juga menjadi bonus untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) selain pencapaian akademik.

“Hasrat saya mahu mengharumkan nama sekolah dan membentuk murid-murid menjadi seorang yang disegani dan berjaya,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous article“Seriuslah Sama Ke?”- Ini Reaksi Erra Fazira Bila Terjumpa ‘Kembar’ Seiras Dengannya
Next article“Kita Jumpa Adik-Beradik & Keluarga Di Syurga,” – Ziana Zain N4ngis Seb4k Wish ‘Bday’ Anuar Zain, Perkongsian Haiza Buat Ramai Tersentuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here