Home Petua Tips Hael Husaini pun puji! Satu keluarga ‘sporting’ menari sakan buat cover MV...

Hael Husaini pun puji! Satu keluarga ‘sporting’ menari sakan buat cover MV Suara Lebaran Kita… Edit guna aplikasi telefon saja

67
0

MEMANG semangat nak raya!

Menonton cover video muzik lagu Suara Lebaran Kita dendangan Hael Husaini dan Dolla ini sudah cukup untuk membangkitkan mood raya kali ini.

Mana tidaknya, video berdurasi 2 minit 30 saat hasil kerjasama sebuah keluarga ini nampak ceria dan gembira menyambut lebaran.

Kehadiran ibu dan ayah juga menambahkan penyeri dalam video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Bercerita mengenai video yang tular di media sosial ketika ini, Muhammad Nur Azammudin Tumiran berkata, pembikinannya tidak dirancang seperti yang pernah dihasilkan saban tahun.

“Video-video raya sebelum ini memang sudah rancang… setiap babak dan tarian yang dibuat akan mengikut rentak lagu. Tapi tahun ini rekod biasa sahaja tanpa perancangan rapi.

“Malahan, idea dapat on the spot dan babak yang dilakonkan itu dibuat selepas mengulang dengar lagu raya Suara Lebaran Kita,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Katanya, dia dan keluarga tidak menyangka video tersebut akan trending di media sosial pada masa ini.

Azammudin bersama isterinya.

Azammudin bersama isterinya, Inda.

“Memang kami fikir asal ada video raya dan selepas dimaklumkan, barulah semua mencari baju raya masing-masing untuk shooting.

Part menari tu saja dislotkan… memang tiru tarian yang orang selalu buat challenge TikTok.

“Tak sangka video ini akan tular di semua platform media sosial sehingga ada yang komen lebih meriah daripada MV asal.

“Namun video yang saya hasilkan ini jauh sekali kalau nak dibandingkan, mungkin disebabkan konsep raya yang diketengahkan sesuai dengan mood ‘tiba-tiba raya’ sekarang ini… konsep lagu Hael pula memang sesuai dengan lagu yang dinyanyikannya,” luahnya.

Video direkod menggunakan telefon pintar.

Video direkod menggunakan telefon pintar.

Lebih mesra dipanggil angah dalam kalangan ahli keluarga, ujarnya ahli keluarga yang terlibat termasuk ibu dan bapa yang masing-masing berusia 48 dan 53 tahun selain sanak saudara terdekat.

“Hanya saya freelance dancer dalam keluarga tu. Jadi saya sangat bersyukur kerana mereka semua sporting dan menyokong video raya yang dihasilkan setiap tahun.

Yang paling bersemangat ibu, adik dan makcik-makcik… saya hanya layankan permintaan mereka.

AZAMMUDIN

“Tahun ni mereka pula yang request dan tanya bila saya balik kampung dan buat video raya. Keluarga memang tunggu saya balik ke Johor untuk buat video raya ni sebab saya akan bagi idea dan rekod… mereka follow je,” tambahnya.

Menurutnya lagi, disebabkan tiada perancangan awal, warna baju bagi video tahun ini tidak sedondon.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, video yang direkod dalam tempoh tiga jam itu hanya diedit menggunakan aplikasi CapCut menerusi telefon mudah alih.

Hanya guna aplikasi CapCut di telefon pintar.

Hanya guna aplikasi CapCut di telefon pintar.

Malah, masa yang diambil untuk menyiapkan editing tersebut hanyalah kira-kira dua jam.

Terdahulu, cover MV itu ditonton lebih 311,000 pelayar TikTok selain dikongsikan di beberapa media sosial yang lain.

Lebih membanggakan penyanyi asal iaitu Hael sendiri meninggalkan komen dan memuji hasil kerjanya itu.

“Awesome!” tulis Hael secara ringkas di ruangan komen.

Kebanyakan warganet memuji ahli keluarganya yang sporting kerana bersama-sama memeriahkan video raya tersebut selain mengagumi gerak kerja yang dilakukan.

Supportive family dia.

Power satu keluarga.

Happening sangat keluarga ni, sporting!

Effort buat cover MV ni memang terbaik.

“Terbaik! Aku tengok pun rasa keluarga dia sangat gembira,” ujar beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mstar

Previous articleKekasih Hati Cur4ng Depan Mata, Teman Lelaki Cuba Pujuk Kena H1na Pula ‘Dah Lah Gemvk Rupa Pun Tak Ada…’
Next articleTiba-tiba ‘terkenal’, Cikgu Ayu mohon maaf khilaf dalam kata-kata… kini dah tak mahu kongsi tip di media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here