Home Petua Tips Tiba-tiba ‘terkenal’, Cikgu Ayu mohon maaf khilaf dalam kata-kata… kini dah tak...

Tiba-tiba ‘terkenal’, Cikgu Ayu mohon maaf khilaf dalam kata-kata… kini dah tak mahu kongsi tip di media sosial

175
0

“SEMPENA Hari Raya Aidilfitri… saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan dengan video saya sebelum ini,” demikian luahan seorang guru yang pernah dikecam kerana posting ‘speech delay‘.

Mengakui terkhilaf dalam melontarkan pendapat, ujar Nor Anis Idayu, pandangan yang diutarakan itu mungkin disalah ertikan sesetengah pihak kerana penggunaan lenggok bahasa dan mimik mukanya semasa membuat rakaman video.

Dia ketika dihubungi mStar berkata, ada juga yang berpandangan bahawa tindak-tanduk seperti itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang guru.

Menurutnya yang mesra dipanggil Cikgu Ayu, apa yang ingin disampaikan kepada umum adalah anak-anak tidak sepatutnya didedahkan dengan penggunaan gajet setiap masa kerana ia akan memberi kesan sampingan yang serius.

Cikgu Ayu membantu melukis mural di dinding sekolah yang diajarnya.

Cikgu Ayu membantu melukis mural di dinding sekolah.

“Apa yang saya mahu sampaikan adalah perbezaan pendapat. Pandangan yang dilontarkan itu juga tidak melibatkan kerjaya saya sebagai guru.

“Saya bagitahu itu berdasarkan pengalaman sebagai seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak dan ia respons kepada kes tular anak diberhentikan tadika selepas dua hari hadir kerana kencing di kelas.

“Apabila saya beritahu itu, mungkin ada yang tidak faham bahawa maksud saya adalah… anak-anak tidak sepatutnya dimomokkan dengan gajet 24 jam kerana ia memberi kesan sampingan yang agak serius tanpa disedari oleh ibu bapa,” luahnya sambil menyatakan setiap manusia termasuk guru tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan.

Profesion guru memang diminatinya.

Profesion guru memang diminatinya.

Sungguhpun dikec4m teruk oleh warganet sehingga ada yang membuat aduan di Kementerian Pendidikan (KPM), wanita yang berasal dari Kubang Kerian di Kelantan itu tetap bersemangat untuk mengajar anak muridnya.

Malah dia menzahirkan syukur kerana ibu bapa kepada murid-murid yang diajarnya ‘tidak melatah’ dengan video yang dimuat naik mahupun kecaman netizen.

“Ibu bapa murid saya tahu saya macam mana. Alhamdulillah mereka bagi sokongan moral kepada saya, ada yang mesej saya tanya khabar sebab mereka tahu saya tidak akan melayan murid saya dengan buruk.

“Mereka tidak ada masalah dan tegur saya seperti biasa. Ada yang hantar mesej ‘cikgu sabar ya, kami kenal cikgu macam mana’.

Sering menghabiskan masa terluang bersama keluarga.

Sering menghabiskan masa terluang bersama keluarga.

“Respon yang diberikan itu kerana mereka tahu yang saya tidak pulaukan anak murid yang lambat bercakap sebaliknya melayan semua secara sama rata selain memberi kasih sayang sepenuhnya kepada mereka.

“Kata-kata saya juga dibuat ketika saya tengah beremosi tentang isu pemberhentian murid dari tadika,” luahnya lagi.

Baginya, kecaman dan kritikan yang diterima dianggap sebagai ujian untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Tambahnya, dia juga telah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam kata-kata.

Raya 2022 lebih bermakna bersama keluarga tercinta.

Raya 2022 lebih bermakna bersama keluarga tercinta.

“Bagi pihak sekolah, Alhamdulillah guru besar saya banyak bagi nasihat supaya berhati-hati dalam kata-kata dan KPM pun sudah turun soal siasat sebab ada aduan daripada orang awam,” jelasnya.

Perkongsian pandangan yang disalah ertikan itu menyebabkan dia enggan mengeluarkan pandangan atau berkongsi teknik mengajar lagi.

“Saya memang ikhlas mengajar dan sentiasa mencari inisiatif bagi membantu anak murid supaya mereka rasa tertarik untuk belajar… dan apabila mengajar, saya akan lakukan betul-betul seperti bernyanyi dan bercerita kepada mereka sekali gus membolehkan mereka faham apa yang diajar di sekolah.

Saya juga tidak dapat berkongsi ‘tips’ apabila diminta beberapa pengikut di TikTok.

CIKGU AYU

“Tapi kalau minta tip atau teknik sekarang ini, memang saya akan jawab tiada. Kerana saya risau nak bagi pendapat selepas video tersebut tular di media sosial, bimbang jika ada yang salah faham dengan kata-kata saya.

“Saya juga tidak dapat berkongsi ‘tip’ apabila diminta beberapa pengikut di TikTok,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Cikgu Ayu yang turut aktif dalam menjahit tudung instant berkata, dia sangat bersyukur kerana keluarga memahami dirinya yang periang dan ‘happy go lucky‘.

Tempahan tudung diambil sempena raya tahun ini

Tempahan tudung diambil sempena raya tahun ini

“Keluarga tidak bertanya berkenaan video itu ketika saya pulang ke kampung untuk beraya. Saya juga tidak mahu menyeksa emosi dan diri dengan berkurung di dalam bilik kerana kecaman netizen.

“Oleh itu, saya menjadi diri saya yang sebenarnya walaupun tiba-tiba ‘terkenal’,” luahnya lanjut sambil menyatakan turut kelam-kabut dengan persiapan raya.

Malah katanya yang menerima tempahan 200 helai tudung sempena sambutan raya tahun ini, dia bersyukur kerana kesemuanya berjaya disiapkan awal.

Namun, tudung raya untuk keluarga dan anak-anak tidak dapat dilakukan sebelum sambutan Aidilfitri.

“Bila kelam-kabut begini, tudung untuk saya sekeluarga tidak dapat disiapkan dan akhirnya kami membeli di Wakaf Che Yeh,” ceritanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber:Mstar

Previous articleHael Husaini pun puji! Satu keluarga ‘sporting’ menari sakan buat cover MV Suara Lebaran Kita… Edit guna aplikasi telefon saja
Next article“Itu Harus!” – Siti Nordiana Panjatkan Doa Agar Dipertemukan Jodoh Yang Baik Ketika Berada Di Mekah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here