Home Petua Tips Isteri Ali Puteh Timang Bayi Lelaki – “Syukur…Rezeki Berganda, Puteh Naib Juara...

Isteri Ali Puteh Timang Bayi Lelaki – “Syukur…Rezeki Berganda, Puteh Naib Juara MLM2021 & Isteri Lahirkan Anak Keempat…”

60
0

Pelawak Ali Puteh mengucapkan rasa syukur apabila isterinya, Melati Fitri Abdullah selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka.

Ali berkata, dia bergegas ke h0spital sebaik sahaja pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Akhir tamat pada Jumaat lalu.

“Saya terus ke h0spital selepas tamat MLM 2021. Ketika itu saya dimaklumkan sudah ada bukaan 4cm dan isteri akan bersalin bila-bila masa.

“Alhamdulillah, kira-kira jam 2.40 petang bayi kami selamat dilahirkan secara normal. Kedua-dua isteri dan anak berada dalam keadaan sihat,” katanya.


Ali dan Melati mendirikan rumah tangga pada Mei 2016 dan dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 4 dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang men1ngg4l dvnia selepas tiga bulan dilahirkan ak1bat koml1kasi j4ntung.

Pada 25 September tahun lalu, mereka dikurniakan cahaya mata ketiga, Syed Umar Iskandar yang kini berusia satu tahun.

Ditanya tentang nama yang akan diberikan kepada putera keempat mereka, Ali berkata dia dan isteri belum membuat keputusan dan masih mencari nama yang sesuai.

Mengulas mengenai kumpulan Puteh yang bergelar naib juara MLM 2021, Ali menganggap ia sebagai rezeki buatnya, Mamak dan Vicha.

Tambahan lagi katanya, selepas pelbagai dvgaan dilalui dalam pertandingan MLM 2021, kejayaan kali ini antara yang paling manis buat Puteh.

“Macam-macam yang sudah kami lalui dalam MLM 2021 ini. Minggu pertama dan kedua saya dan Mamak berjuang tanpa kehadiran Vicha.

“Selepas itu persembahan kami menjadi kontr0versi dan dikec4m, dih3ntam tervk oleh netizen. Jujur, kami tidak sangka kerana selepas melalui semuanya, Puteh tidak meletakkan target dan harapan tetapi kami sepakat untuk melakukan apa yang termampu dan terbaik.

“Rezeki berganda secara peribadi buat saya dan kejayaan penuh bermakna buat Puteh,” katanya teruja.

Kumpulan Puteh pada Jumaat lalu membawa pulang wang tunai berjumlah RM250,000 berserta trofi.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleHanya Tinggal Tangga, Wanita Sedih Rumah Pus4ka Musn4h Akib4t Banjir
Next article[Video]Netizen Puji Pasangan Pengantin Bat4lkan Majlis Perkahwinan Dan Pilih Untuk Membantu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here