Home Viral Individu ftnah arwah Siti Sarah mohon maaf tapi ini pula kata Shuib

Individu ftnah arwah Siti Sarah mohon maaf tapi ini pula kata Shuib

112
0

Hari ini, pelawak dan penyampai radio Shuib menegaskan dia tetap meneruskan tindakan undang-undang terhadap John Dihani yang telah memfitnah dirinya atas kematlan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin.
Terbaru, John Dihani tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Shuib. Menerusi hantaran di Instagram Stories, John Dihani berasa menyesal dengan perbuatannya menulis ‘Siti Sarah tak nak ditidurkan tetapi Shuib pujuk’ di Instagram (IG).

 

Saya John Dihani dengan rendah hati dan penuh penyesalan di atas khilaf yang saya lakukan. Dengan ini, ingin membuat permohonaan maaf terbuka kepada Abang Shuib dengan penuh ikhlas.

Berkaitan hantaran saya pada 30 Jun 2023 dengan memuat naik gambar poster iklan barang kemas yang memaparkan wajah Abang Shuib.

Kata John Dihani, dia sedar hantaran itu telah mengundang fitnah ke atas Shuib serta mengundang pengguna media sosial lain turut terlibat.
Dalam pada itu, John Dihani berharap agar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad sudi untuk berjumpa secara empat mata bagi menyelesaikan persengketaan.
Sebelum ini, Shuib memberitahu dia akan menyeret John Dihani ke mahkamah kerana telah menabur fitnah. Ketika sidang media tergempar, Shuib berkata dia mempunyai maklumat lengkap mengenai John Dihani termasuk alamat rumah dan nombor telefon.
Sementara itu, bapa kepada empat cahaya mata ini telah memaafkan seorang pengguna Facebook iaitu Zulhairi Othman kerana berani tampil ke hadapan bersemuka bersama rakan media.
Terdahulu, Shuib sudah hilang sabar apabila dua pengguna Facebook menuduh dia antara ahli sebuah organisasi Freemason selain sengaja menidurkan Allahyarham Siti Sarah.

Baca Lagi: “Comelnya Liza Hanim Tidur..” – Netizen

Baca Lagi: “Sahabat pasti kenal sangat sahabatnya..” – Netizen terpukau dengan suara padu Naqiu

Sumber : ohbulan

Previous articleTuah kaki seorang lelaki beli peti sejuk terpakai jumpa duit hampir RM400,000
Next articleRamai Yang Persoal Puteri Sarah Tak Hormat Masa Eddah Sekali Dato Yusof Haslam Buka Mulut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here