Home Viral Ramai Yang Persoal Puteri Sarah Tak Hormat Masa Eddah Sekali Dato Yusof...

Ramai Yang Persoal Puteri Sarah Tak Hormat Masa Eddah Sekali Dato Yusof Haslam Buka Mulut

199
0

Kuala Lumpur – Datuk Yusof Haslam, 69, menyifatkan wajar untuk menantunya, Puteri Sarah Liyana, 38, tampil cantik, kemas dan bergaya walaupun pelakon wanita itu masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu.

Baru-baru ini, segelintir netizen di media sosial menyelar tindakan Puteri Sarah yang berkongsi gambar-gambar di Instagram dengan berpenampilan cantik dan kemas sebagai tidak menghormati tempoh edah.

Yusof berkata, Puteri Sarah perlu bekerja dan mencari rezeki selepas bercerai.

Katanya, bukan satu isu atau masalah apabila menantunya itu tampil cantik dan bergaya selalu.

Yusof Haslam cerita perkara sebenar

“Harus faham, Sarah bekerja untuk cari rezeki. Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita. Tidak semestinya dalam edah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab,” katanya.

Ditanya kekerapan bertemu dua cucunya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, penerbit drama Gerak Khas ini berkata, beliau dan isteri, Datin Patimah Ismail juga menghormati masa kerja Sarah yang sibuk dengan jadual penggambaran.

Sudah pastilah kami kena ikut kelapangan masa Sarah untuk bertemu dengan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Paling tidak pun, sebulan sekali mereka akan datang ke rumah kami.

“Apatah lagi, Syaikhul dan Sumayah rapat dengan tiga cucu saya yang juga anak kepada Syafiq dan Aesyah iaitu Nur Jannah, Nur Syaiba dan bayi lelaki, Nu Aiman.

Mereka Syaikhul dan Sumayyah tetap penawar dan penghibur saya serta isteri di penghujung usia kami ini, katanya

Yusof berkata, beliau dan isteri juga sehingga kini sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarah dan Syamsul. Katanya, semoga mereka berdua mengecap kebahagian diinginkan masing-masing walaupun sudah berpisah.

Terdahulu, keputusannya keluar bekerja dalam tempoh edah turut meraih pelbagai reaksi ramai.
Jelasnya, dia sudah memberitahu bekas suami untuk keluar bekerja dalam tempoh tersebut.

Boleh keluar rumah dengan memberitahu bekas suami dalam tempoh edah.

“Keluar rumah kalau terdesak itu apabila suamimati dan harus berkabung di rumah,” jawabnya.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Previous articleIndividu ftnah arwah Siti Sarah mohon maaf tapi ini pula kata Shuib
Next articleAda Orang Tak Puas Hati Dengan Puteri Sarah masa buat Live sekali Sarah komen padu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here