Home Petua Tips “Kuatnya TokTi, Bukan Bersalin Caesar Ke…?” – Gelagat Dato’ Sri Siti Nurhaliza...

“Kuatnya TokTi, Bukan Bersalin Caesar Ke…?” – Gelagat Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sibuk Menguruskan Majlis Tahnik Dipuji Wargamaya

301
0

Satu Malaysia tumpang gembira apabila penyanyi kesayangan nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H pada pukul 6:21 pagi. Menerusi kenyaaan rasmi di Instagram miliknya, difahamkan TokTi melahirkan anakandanya menerusi kaedah pembedahan.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan TokTi tidak senang duduk dalam menguruskan majlis tahnik anakanda beliau dek kerana bimbang para tetamu tidak dapat tempat duduk yang selesa semasa majlis berlangsung. Boleh dikatakan ada segelintir daripada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan ini tidak terlalu berupaya untuk bergerak, namun tidak bagi TokTi yang tampak kuat dan bersemangat semasa majlis.

Baca juga: “Saya Akan Menjalani Rutin Berpantang Seperti Biasa Dan Fokus Kepada Bayi..” -Tokti Dihujani Doa Ramai Supaya Cepat Sembuh

TokTi yang masih dalam keadaan ‘berpantang’ itu mendapat perhatian wargamaya kerana perwatakannya yang begitu bersemangat meskipun baru bersalin. Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada wargamaya kagum dengan sikap TokTi yang gigih serta kuat itu. Ada juga di kalangan mereka yang memberi pesanan kepada selebriti kesayangan mereka ini agar tidak terlalu keras bekerja.


Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya, TokTi telah memuat naik gambar serta mengumumkan nama anakanda beliau yang diberi nama Muhammad Afwa. Menurutnya, nama ‘Afwa’ dipetik daripada sebuah doa yang dipilih oleh TokTi dan suami, Dato’ Khalid iaitu doa lengkap Aafiyah. MasyaAllah, sungguh comel dan manis Afwa ni salin tak tumpah seperti wajah Tokti dan Aafiyah. Semoga anakanda Afwa membesar dengan sihat hendaknya.

Baca juga: “Asyraf Dan Tya Dah Minta Izin TokTi Ka?” – Warganet Persoal Tindakan Asyraf Khalid Kongsi Gambar Anak Lelaki TokTi

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: TikTok 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous articleErnie Zakri Syukur Syamel Tak Cerewet, Masak Sendiri Kalau Nak Makan Sesuatu
Next articlePDRM Update Terkini Dimana Muhammad Sajjad, Tarik Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here