Home Petua Tips Kucing kesayangan hilang, Rosyam Nor tawar RM1,000 siapa jumpa ‘Midnight’… R4yu pulangkan...

Kucing kesayangan hilang, Rosyam Nor tawar RM1,000 siapa jumpa ‘Midnight’… R4yu pulangkan jika terambil

51
0

Pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucing kesayangannya yang hilang sejak 2 Mac lalu.

Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 55, menerusi Instastory turut memuat naik foto kucingnya yang diberi nama Midnight.

Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara.

Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya.

ROSYAM NOR

PELAKON

“Kucing hilang. Ganjaran: RM1,000. ‘Midnight’. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara.

“Jantan, kacukan breed, hitam keperangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada kolar, tiada jalur, sangat manja dengan orang,” tulisnya.

Video:

Menurut pelakon filem KL G4ngster ini, seluruh keluarga berasa kehilangan dan berharap sesiapa yang menjumpai kucing itu akan memulangkannya semula.

Rosyam mengakui dia berasa bimbang sekiranya ada individu yang mengambil kucingnya secara tidak sengaja memandangkan ia mudah mesra dengan orang lain.

“Dah beberapa hari kucing saya namanya Midnight, tak balik-balik. Saya bela kucing ini daripada ibunya dan usia dia dah lebih lima tahun.

“Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya. Sebab saya dah rindu pada dia. Saya cari dia… seluruh keluarga rasa kehilangannya.

“Adik dia ada, tapi dia tak ada. Badan dia besar, manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu.

“Sesiapa terambil, sebab dia cantik dan besar, minta dipulangkan semula… tolong,” kata Rosyam Nor.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleVideo-video teman lelaki Tangmo tular, “Sopan betul dia kan”
Next article“Serupa Filem Z0mbie” – Gelagat Pelanggan Berpusu-Pusu Taknak Kalah R3but Baju ‘Bundle’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here