Lepas Hairul Azreen , Anak Tiri Tok Ti Pula Jumpa Tan Sri Vincent Tan

Bukan Hairul Azreen sahaja dapat berjumpa secara peribadi dan bercuti dengan orang paling kaya di Malaysia, Asyraf Khalid anak kepada Tok Ti juga mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Vincent Tan untuk menikmati makan malam bersama keluarga.

 

Pertemuan itu dikongsi dalam Instagram Asyraf dan turut menceritakan kisah inspirasi kejayaan membuka McDonalds di Malaysia selepas tujuh tahun menghantar emel tanpa putus asa seperti yang disampaikan oleh Vincent Tan ketika menjamu hidangan makan malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)


“Bagi saya, salah satu perkara terbaik untuk dilakukan dalam hidup ialah mendapat perbualan yang bermanfaat dan malam tadi saya dapat berbual dengan orang paling berjaya di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan,” luahnya dengan rasa gembira dan bersyukur dapat berjumpa dengan orang hebat.

Pengikut Asyraf turut merasa terinspirasi dengan cerita yang disampaikan dan memuji sikap orang paling kaya di Malaysia itu yang tidak pernah menunjuk kekayaannya dan cukup merendah diri apabila berjumpa dengan sesiapa.

Ada juga yang tertanya-tanya pada Asyraf adakah perbualan mereka menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris namun kebanyakan masa mereka berbual dalam Bahasa Malaysia.

Selain itu, ada juga pertanyaan tentang pemakanan Vincent yang disediakan dan Asyraf menjawab sejak umur 63 tahun, Vincent Tan menjadi seorang ‘vegetarian’.

Lepas Asyraf siapa pula ‘orang-orang popular’ yang akan mendekati Vincent Tan? Bertuah dapat jumpa secara berdepan boleh minta tips berniaga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*