Home Petua Tips Menteri Kata Selepas Ini Jika Ada Golongan Kayangan Langgar SOP, ‘On The...

Menteri Kata Selepas Ini Jika Ada Golongan Kayangan Langgar SOP, ‘On The Spot’ Mereka Akan Kena..

65
0

Putrajaya: Polis perlu mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat yang kerajaan seolah-olah memberi layanan istimewa kepada golongan berkenaan.

“Oleh kerana banyak isu berkaitan seolah-olah ada perbezaan antara ‘kayangan’ dengan bukan ‘kayangan’ dan walaupun ada tindakan dilaksanakan kepada yang dianggap ‘kayangan’ dan dikenakan kompaun, namun tidak dilakukan ‘on the spot’ (serta merta).

“Kita berpandangan sesiapa sahaja terutama membabitkan VIP seperti selebriti dan ahli politik, kalau didapati ada pelanggaran SOP, pihak polis perlu keluarkan kompaun terus, tidak perlu tunggu sehingga berminggu-minggu untuk mendapatkan keputusan daripada Jabatan Peguam Negara dan sebagainya kerana di dalam akta, mereka boleh mengeluarkan kompaun di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, tiada individu sama ada yang berstatus kenamaan atau rakyat yang kebal daripada tindakan undang-undang.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, meskipun negara kini dalam tempoh darurat kesihatan, pelaksanaan PKP 3.0 memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatur strategi sekiranya jumlah pesakit Covid-19 meningkat secara mendadak.

Beliau berkata, sehingga kini, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) mencecah 500 dan menjangkakan jika kes meningkat secara mendadak pada akhir bulan Mei atau pertengahan Jun, KKM memerlukan lebih 1,700 katil ICU bagi menampung jumlah pesakit.

“Dengan menggunakan ordinan darurat ini, kita boleh tangguhkan pilihan raya umum, pilihan raya kecil atau pilihan raya regeri (PRN). Kita lihat implikasi PRN Sabah.

“PKP 3.0 dilaksanakan untuk membantu KKM dan supaya rakyat boleh duduk di rumah bagi mengawal wabak ini dalam tempoh dua atau empat minggu,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

sumber : hmetro

Previous articleNek4d Rentas Negeri, Sanggup Bayar RM200 Beli Dokumen P4lsu
Next articleDulu orangnya pemalu, kini siswa Universiti Al-Azhar sibuk uruskan kerja amal di Mesir – “Paling tak terkata presiden universiti turun padang” –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here