Home Petua Tips Nek4d Rentas Negeri, Sanggup Bayar RM200 Beli Dokumen P4lsu

Nek4d Rentas Negeri, Sanggup Bayar RM200 Beli Dokumen P4lsu

62
0

Nekad Rentas Negeri, Sanggup Bayar RM200 Beli Dokumen Palsu.

Berbaki dua hari sebelum sambutan Aildilfitri pada 13 Mei ini, balai polis menjadi lokasi tumpuan masyarakat untuk memohon pelepasan merentas negeri atau daerah.

Pasukan polis telah menjalankan tanggungjawab dengan menyekat sebarang aktiviti rentas negeri atau daerah terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

Pemeriksaan di sekatan jalan raya Plaza Tol Bentong menghala ke Kuatan semalam mendapati dua lelaki warga asing sanggup membelanjakan RM200 semata-mata untuk mendapatkan dokumen rentas negeri palsu.

Hasil siasatan mendapati, dokumen rentas negeri palsu yang diguna mereka telah dicetak semula dan digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemeriksaan mendapati dokumen rentas negeri bagi dua orang penumpang bas ekspres warga asing yang berusia 24 dan 27 tahun meragukan dan mengesyaki dokumen tersebut telah dipalsukan oleh individu tersebut.

“Hasil siasatan dokumen berkenaan disalin semula daripada yang asal dan digunakan kembali. Kedua-dua suspek juga akhirnya mengaku dokumen berkenana diperoleh daripada seorang rakannya dengan bayaran RM200 sekeping,” katanya.

Sanggup Beli Dokumen Palsu RM200 Rentas Negeri
Sumber: Berita Harian

Kedua-dua warga asing tersebut juga difahamkan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan sebatan.

Suspek itu juga boleh didakwa mengikut seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959 pula, dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-dua sekali dan turut boleh dikenakan enam kali sebatan.

Kes warga asing memalsukan borang rentas negeri bukanlah kes pertama yang terjadi. Terdahulu, seorang wanita warga asing berusia 38 tahun ditahan menaiki bas dari Kuala Lumpur menghala ke Kuantan kerana memalsukan borang rentas negeri.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://odisi.my/

Previous articleDipesan Jangan Jadi Macam Malaysia, Jadi Ini Yang Rakyat Indonesia Buat
Next articleMenteri Kata Selepas Ini Jika Ada Golongan Kayangan Langgar SOP, ‘On The Spot’ Mereka Akan Kena..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here