Home Petua Tips Mula kutip ilmu buat roti di pasaraya, pelan-pelan teroka bidang pastri… Jejaka...

Mula kutip ilmu buat roti di pasaraya, pelan-pelan teroka bidang pastri… Jejaka ini kejar impian jadi cef tanpa sijil kulinari

153
0

LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini tidak menjadikan tahap pendidikannya sebagai penghalang untuk mengejar impian.

Biarpun tidak memiliki kelulusan dalam bidang kulinari, Wan Syairil Azwan Wan Abu Bakar mampu tersenyum bangga apabila bergelar tukang masak di sebuah sekolah swasta di Sepang, Selangor.

Dalam masa sama, dia turut mencurahkan khidmat bakti di dua buah hotel di ibu negara, sekali gus membuka ruang untuknya menimba lebih banyak pengalaman.

Ketika dihubungi mStar, jejajak berusia 24 tahun itu sempat memperincikan semula perjalanannya dalam bidang masakan yang hanya bermula sebagai pembuat roti.

azwan3

“Selepas habis SPM, saya bekerja di Tesco sementara nak tunggu keputusan. Ketika di Tesco, saya mula belajar cara buat roti. Kemudian kawan cakap ada kerja kosong di sebuah hotel.

“Apabila saya masuk kerja di hotel, cef berminat dengan kebolehan saya dan dia minta saya masuk ke bahagian pastri. Di situ saya banyak belajar cara membuat kek dan pelbagai jenis pastri.

“Pada masa sama, saya juga belajar buat hot kitchen dalam penyediaan makanan Melayu dan barat. Sekarang saya bekerja di sebuah private school. Kadang-kala, syarikat akan hantar saya bertugas di hotel di Kuala Lumpur,” ujarnya yang senang disapa Azwan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Azwan belajar membuat roti selepas tamat SPM.

Tambah anak kelima daripada enam beradik itu, dia juga ada terdetik untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang berkenaan, namun bukan dalam masa terdekat.

Bercerita lanjut, Azwan juga terharu apabila video dia sedang ‘beraksi’ di dapur meraih lebih 300,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.

“Saya menghasilkan video TikTok untuk tunjuk suasana sebenar dalam industri ini. Saya fikir ramai orang kat luar sana minat bidang ini, cuma mereka tiada peluang.

“Saya juga menerima banyak soalan. Ada yang mesej minta resipi, ada yang tanya kerja kosong dan cara untuk masuk ke bidang ini. Saya tak menang tangan nak jawab semua sebab saya pun sibuk dengan kerja,” ujarnya berselor0h.

azwan4

Antara menu yang dihasilkan Azwan.

Dalam masa sama, Azwan sempat menitipkan pesan kepada anak muda di luar sana agar tidak takut dalam mengejar impian dan minat mereka.

Tambah Azwan, persepsi segelintir individu yang mengaitkan dunia masakan dengan kaum hawa atau lelaki lembut tidak wajar menjadi penghalang untuk anak muda sepertinya mengejar cita-cita.

“Setakat ini, saya belum pernah menerima pandangan begitu. Tapi kalau ada orang berkata-kata, pada saya kita perlu abaikan. Kalau kita minat, teruskan saja. Kejayaan itu atas diri ia sendiri. Jangan malu kalau nak berjaya.

azwan5

Azwan bersama rakan sekerja.

“Sampai bila pun kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Sebenarnya ramai cef dan tukang masak lelaki. Mungkin ada yang takut nak masuk, risau dilabel lelaki lembut dan sebagainya. Setakat ini saya belum jumpa lagi.

“Yang penting kalau nak masuk bidang ini, mental kena kuat. Berdiri sampai tujuh jam itu dah jadi perkara biasa. Kadang-kala sampai lupa nak duduk,” ujarnya berselor0h.

Bercerita mengenai Ramadan yang bakal tiba, Azwan mengakui teruja untuk bekerja seperti biasa biarpun perlu menghadapi cabaran luar biasa.

azwan2

Azwan berkata dia sentiasa ikhlaskan hati dalam pekerjaannya.

“Banyak dugaan bila bekerja dalam bidang puasa. Kita tak boleh nak makan, jadi sukar nak rasa makanan. Dapur juga sangat panas, baju yang saya pakai pun agak tebal.

“Dahaga pun satu cabaran utama. Tapi mujur ada pengalaman kerja ketika bulan puasa tahun lepas, InsyaAllah saya okey.

“Paling penting juga, kita kena masak dengan seikhlas hati. Barulah sedap. Ketika memasak, saya akan letakkan diri saya di tempat pelanggan. Kalau tak sedap, macam mana nak bagi orang makan?” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/

Previous articleSeb4k Lihat Lelaki Tolak Kerusi Roda, Si Kecil Lena At4s Ibu! Netiizen Nak Hvlur Bantuan
Next article“Terima Kasih Burung H4ntu…” – Lisa Surihani Puji Hannah Delisha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here