Home Petua Tips ‘Nilai 3 Dalam Negeri Selangor’: Polis Cari Pemilik Facebook N9 Radar

‘Nilai 3 Dalam Negeri Selangor’: Polis Cari Pemilik Facebook N9 Radar

43
0

Foto sekadar hiasan

Polis Daerah Nilai telah memulakan s.iasatan berhubung kenyataan yang boleh menyebabkan kegentaran awam yang dimuatnaik pemilik Facebook N9 Radar.

Sehubungan itu pemilik akaun diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman menegaskan bahawa Nilai 3 merupakan kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak dalam negeri Selangor.

“Kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook N9 Radar boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya dalam sebuah kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, kes akan dis.iasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Kes.eksaan kerana kenyataan menyebabkan kegentaran awam dan S.eksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai juga dinasihatkan supayat tidak memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau berita yang tidak benar di laman sosial.

Terdahulu, pemilik akaun N9 Radar telah menyalin tampal berita melibatkan selebriti Neelofa dan suaminya Pu Haris yang tidak akan dikenakan tuduhan rentas negeri seperti yang diputuskan Pejabat Peguam Negara.

Menerusi hantaran yang dibuat, N9 Radar turut menulis “Nilai 3 kek Selangor oh baru tahu…Achik dia!”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : Gempak

Previous articleWanlta H4mil Ced3ra Par4h Dil4nggar Kereta Cik B, Dato Seri Vida Ges4 M4ngsa Diselam4tkan
Next articleRaikan K3s Cov1d-19 Hampir 7,000, Iman Troye Dikec4m Tak Sensitif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here