Home Petua Tips Etnik R0hingya Patut Dihantar Pulang ke Myanmar – Datuk Shahul Hamid

Etnik R0hingya Patut Dihantar Pulang ke Myanmar – Datuk Shahul Hamid

489
0

Akhir-akhir ini negara kita heboh dengan isu Rohingya. Ini menunjukkan rakyat negara ini sudah mula muak dengan siap mereka. Dulunya mereka disantuni oleh masyarakat kita, namun kini atas sikap mereka sendiri, mereka mula dibenci. Ini bukan isu agama tetapi isu sikap yang ditunjukkan oleh sesetengah dari kalangan mereka.

Hantar Pulang Etnik Rohingya

Penyelesaian terbaik bagi polemik yang membabitkan mereka yang hangat dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini adalah dengan menghantar balik mereka ke Myammar.

Kita bukan membenci mereka tetapi demi masa depan anak cucu kita juga. Mereka ada negara sendiri seeloknya dihantar kembali ke negara asal.

 

Kemasukan mereka ke negara ini adalah atas dasar kemanusiaan

Ini kerana menurut Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, saranan itu adalah bertetapan dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Januari lalu, yang telah mengarahkan Myanmar mengambil langkah segera melindungi etnik Rohingya serta menyimpan bukti jenay4h yang dilakukan terhadap mereka.

Shahul Hamid berkata, semua pihak haruslah sedar bahawa status asal etnik Rohingya di negara bertuah ini adalah pendatang tanpa izin (PATI).

Mereka hanya diterima untuk berlindung di Malaysia atas dasar kemanusiaan.

“Seperti mana kita men4ngkap PATI dari India, Pakistan atau negara lain, yang kemudian dihantar pulang ke negara asal, begitu juga boleh kita lakukan pada etnik R0hingya.

“Jaminan keselamatan mereka sebaik pulang ke Myanmar pula adalah di bawah tanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia bukan urusan kita.

“Dulu memang perkara ini tidak boleh dilakukan kerana Myanmar enggan menerima mereka, namun selepas keputusan ICJ, saya kira ini adalah langkah terbaik dan tiba masa untuk kerajaan bertindak tegas,” katanya kepada BH, hari ini.

Isu ini timbul susulan tersebar surat daripada Zafar Ahmad Abdul Ghani yang mendakwa beliau adalah Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik R0hingya Myanmar Malaysia (MERHROM) kepada Kerajaan Malaysia, menuntut etnik Rohingya dibenarkan bekerja, mengurangkan kos rawatan mereka dan mewajibkan majikan yang menggajikan etnik Rohingya menyediakan perlindungan insurans.

Malah Zafar Ahmad juga turut didakwa menuntut hak kerakyatan penuh dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa menghalang kapal membawa pelarian etnik itu daripada mendarat di negara ini. Apabila isu ini heboh, beliau telah menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu dan menyifatkannya sebagai tuduhan palsu, selain menafikan beliau melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Shahul Hamid, langkah lain yang boleh dilakukan kerajaan adalah dengan menempatkan mereka di satu kawasan khusus, seperti yang pernah dibuat terhadap pelarian Vietnam sekitar tahun 1978 hingga 1990 di Pulau Bidong, Terengganu.

“Kita boleh tempatkan mereka di satu kawasan khas dan minta PBB uruskan, sama ada untuk hantar ke negara ketiga atau kembali ke negara asal,” katanya.

Adakah perlu dihantar pulang atas jaminan PBB atau ditempatkan di tempat yang khusus sebelum dihantar pulang?

Shahul Hamid berkata lagi, selain etnik Rohingya, kerajaan juga perlu membuat penghantaran balik ke negara asal semua pelarian lain yang memegang kad pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ke negara asal masing-masing secara berperingkat termasuklah lebih 50,000 etnik Chin, Mun dan lain-lain dari Myanmar, selain warga Sri Lanka, Syria, Yaman dan lain-lain.

“Hakikatnya, kita sudah tidak mampu menampung jumlah PATI atau pelarian yang terlalu ramai kerana negara sedang berdepan cabaran ekonomi, dan tumpuan kerajaan perlu fokus pada rakyat negara ini,” katanya.

Menurut Berita Harian menerusi satu maklumat sumber, seramai 154,080 pelarian Myanmar berdaftar merangkumi 101,010 etnik Rohingya, Chin (22,810) serta lain-lain (30,250) direkodkan berada di negara ini setakat Februari lalu.

Daripada itu, seramai 24,900 pelarian lain turut direkodkan berada di negara ini, antaranya 6,600 dari Pakistan, Yaman (3,680), Somalia (3,290), Syria (3,290), Afghanistan (2,590), Sri Lanka (1,830), Iraq (1,270), Palestin (790) dan lain-lain.

Min setuju dengan Datuk Shahul Hamid kerana dia bukannya orang-orang biasa seperti kita. Dia adalah Penganalisis jenayah dan sudah semestinya banyak kajian dan maklumat yang beliau perolehi sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

Hakikatnya mereka terlalu ketara meminta itu ini setelah selesa berada di sini tambahan pula ada yang sudah mula hidup senang dan berkahwin pula wanita tempatan. Semoga mendapat perhatian kerajaan kerana rakyat kita sendiri pun belum termampu untuk kita selesaikan berbagai masalah.

Sumber : bharian

Previous articleUstz Ebit dedah ada org berkuasa ugvt dia beri bantuan di Kedah sekali netizen ‘petik’ org berkuasa itu
Next articleCovid-19: KKM kesan satu mutasi lebih g4nas, jangklti 120 individu – Dr Noor Hisham

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here