Home Petua Tips ‘Satu geng’ masa belajar di kampus, 8 sekawan akhirnya kahwin sesama sendiri…...

‘Satu geng’ masa belajar di kampus, 8 sekawan akhirnya kahwin sesama sendiri… masing-masing rahsia percintaan – “Kalau tak score, kena perl1 la”

89
0

KAWAN sampai kahwin!

Siapa sangka, mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di universiti, hubungan lapan rakan sekelas ini berakhir ke jenjang pelamin jua.

Menurut Nur Alia Tasnim Mat Zain yang berkongsi video ‘throwback’ zaman belajar dan ketika masing-masing sah bergelar suami isteri, dia bersama suami serta tiga lagi pasangan yang lain merupakan rakan sekuliah ketika menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan di UiTM Seri Iskandar, Perak.

classmate 1

“Saya bersama tiga rakan perempuan dah mengenali satu sama lain sejak diploma. Bila sambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda, kami sekelas dan barulah bertemu rakan-rakan lelaki ini yang akhirnya jadi suami masing-masing sekarang.

“Kami empat pasangan jadi rakan sekelas sejak dari semester pertama hingga semester enam.

“Nak cerita bagaimana kami couple antara satu sama lain, sebenarnya kami masing-masing tak tahu pun ketika itu. Kami berlapan memang selalu buat study group, assignment dan kerja kursus bersama-sama.

“Kami hanya tahu bila ada yang mula keluar bersama-sama. Tapi memang tak sangka, kami berlapan bertemu jodoh sesama sendiri,” ujar wanita berusia 27 tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Alia (tiga, kiri) bersama suami (empat, kiri) dan rakan-rakannya yang kini semuanya sudah mendirikan rumah tangga.

Senang disapa sebagai Alia, wanita ini berkata dia bersama suami dan tiga pasangan rakan yang lain disatukan pada tahun lalu.

“Saya dan suami, Arif Ismail, 28, bernikah pada 4 November 2021. Sementara itu tiga pasangan yang lain masing-masing bernikah pada 8 Januari 2021, 16 September 2021 dan 17 Disember 2021.

“Tapi kami semua tak berpeluang untuk sama-sama meraikan hari bahagia masing-masing sebab ada antaranya yang bernikah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ketika itu masih lagi ada larangan rentas negeri.

classmate 3

Alia (tengah) dan rakan-rakannya merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Frust juga tapi nak buat macam mana… yang penting kami mendoakan kebahagiaan semua.

“Sekarang ini pasangan rakan kami yang bernikah pada Januari tahun lalu sudah pun menimang seorang cahaya mata,” ujarnya yang kini bakal menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Sains Senibina Hijau.

Menurut Alia yang kini menetap di Johor Bahru, keempat-empat pasangan masih belum sempat bersua bersama antara satu sama lain buat masa ini kerana kekangan masa dan jarak, namun mereka merancang mencari peluang untuk bercuti bersama-sama kelak.

Kami berlapan grad dengan kelas pertama (1st Class) dan dapat dekan setiap semester. Pensyarah pun tahu prestasi kami.

NUR ALIA TASNIM MAT ZAIN

Bercerita lebih lanjut, Alia menyedari pandangan segelintir individu yang kurang bersetuju apabila menjalinkan hubungan percintaan ketika sedang menuntut.

“Ramai komen, boleh ke fokus belajar sambil couple. Bagi saya, terpulang kepada pandangan masing-masing.

“Ada juga sisi baiknya, contohnya boleh belajar bersama-sama dan jadi pendorong untuk berjaya genggam ijazah sama-sama. Kita nak sama-sama berjaya untuk masa depan, jadi sudah tentu kita akan struggle bersama-sama.

classmate 2

Mereka sering melakukan tugasan serta belajar berkumpulan bersama-sama.

“Kami berlapan grad dengan kelas pertama (1st Class) dan dapat dekan setiap semester. Pensyarah pun tahu prestasi kami… kalau tak score, memang kena perli jawabnya. Dan mereka pun tak sangka kami semua berakhir ke jenjang pelamin.

“Tapi ada juga yang komen, dia menyesal sebab terlalu fokus belajar sampai dah terlambat nak cari pasangan. Namun apa yang penting, kena pandai seimbangkan dan tahu prioriti,” katanya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article[VIDEO] Dulu Terl4ntar, Hil4ng Ing4tan Kini Suami Dah Pandai Masak Sendiri
Next articleRamai Terasa Tua Selepas Tengok Penampilan Terkini Firdaus Ghufran Dan Adiknya, Muntazar Ghufran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here