Home Petua Tips “Satu Je Tak Dapat” Berjaya Khatam Al-Quran, Jue Aziz Akui ‘Gagal’ Tunaikan...

“Satu Je Tak Dapat” Berjaya Khatam Al-Quran, Jue Aziz Akui ‘Gagal’ Tunaikan Permintaan Jodoh Untuk Ibunya

248
0

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam apabila segala kebaikan akan menjadi berilipat ganda.

Pelakon Jue Aziz kini dikatakan telah berjaya khatam Al-Quran dengan lebih awal bagi memenuhi permintaan ibunya yang tercinta.

“Ini surprise untuk mak Jue, alhamdulillah akhirnya harini Jue khatam Al-Quran! Allah makbulkan doa mak Jue. Mak merupakan semangat untuk Jue, lagi-lagi tengok mak tak sihat.”

Menurut pelakon filem Hantu Kak Limah itu lagi, walaupun ibunya berada dalam keadaan yang tak sihat tetapi beliau masih lagi mampu untuk mengejar ilmu akhirat.

“Ini je hadiah orang boleh bagi dekat mak, dah khatam alhamdulillah untuk mak dan arwah abah. Semoga segala amalan mak diterima dan disatukan dengan abah dekat syurga.”

Namun difahamkan ibunya mempunyai dua permintaan yang mana antaranya ialah supaya Jue dapat khatam Al-Quran dan satu lagi supaya pelakon berusia 38 tahun itu dipertemukan jodoh sekali lagi.

Sebelum ini, Jue pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik yang berasal dari Indonesia iaitu Bayu Pramana Putra Achamal tetapi perkahwinan itu telah berakhir pada tahun 2019 yang lalu.

“Satu je lagi permintaan mak, orang tak dapat nak tunaikan iaitu JODOH! Tau mak risau, orang sorang-sorang pun takpe asalkan ada mak, kita bercinta berdua je lah mak!”

Posting Jue turut mendapat perhatian ramai pengikutnya dan mereka turut mendoakan kesejahteraan hidup mereka sekeluarga.

Semoga dengan hadiah ini akan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda buat Jue dan juga ibunya.

Sumber foto dan video: Instagram Jue Aziz

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :https://www.hotfm.com.my/

Previous article“Kemain Style..Tapi Muka Tu ‘Lagak’ Sungguh..” – Netizen Puji ‘Skill’ NoorKhiriah Buka Air Minuman
Next article“Amb0i Cik Yam bvkan m4in lagi..”Video Tikt0k Maryam Pula Raih Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here