Home Petua Tips “Saya Berlakon Dan Menyanyi Dari Tahun 1999 Lagi, Dulu Takde Pula Kami...

“Saya Berlakon Dan Menyanyi Dari Tahun 1999 Lagi, Dulu Takde Pula Kami Diminta Buat Gimik Atau Propa…” – Fazley Yaakob

66
0

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui ketika awal penglibatannya dalam dunia lokanan lebih dua dekad lalu, dia tidak diminta mana-mana pihak untuk melakukan gimik terhadap naskhah yang dilakonkan.

Menurut Fazley yang mulai berjinak-jinak lakonan menerusi drama bersiri Sembilu Kasih, dia akui rasa ‘janggal’ melihat perkara berkenaan di media sosial.

Perkara tersebut dikongsikan Fazley menerusi satu hantaran di Instagram, membabitkan perkara berkenaan.

“Saya mula berlakon dan menyanyi dari tahun 1999 lagi. Bermula dengan drama bersiri #Sembilukasih , kemudian ke telefilem, dan ke filem2 seperti #Gerakkhasthemovie2, #JanjiDiana dan #Gilabola.

“Masa tu, takde pula kami di minta buat gimik/propa kena cekik dan mencekik pelakon di set, atau ‘berlakon’ pengsan depan pengarah & crew produksi.

“Atau buat-buat tercekik masa scene makan-makan sampai terpaksa panggil ambulan betul-betul bukan yang di siapkan untuk scene lakonan!,” tulisnya.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini turut mempersoalkan mengenai situasi ‘drama dalam drama’.

“23 tahun sebagai insan seni, rasanya saya tetap rasa janggal melihat rentetan “drama di media sosial” selepas drama sebenar yang mengikut skrip. Jika benarlah, ini cara terbaru “marketing” drama, makin tertipulah kita semua, tak begitu?

“Drama dalam drama di dalam drama?! Perlu ke melayan drama yang di promosi berdasarkan gimik dan marketing murahan? Aisehman.. pening jadinya! Korang rasa?,” tulisnya lagi.


Foto: Instagram Fazley Yaakob

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mediahiburan

Previous articleKucing Duduk Di Pangkuan Gadis, Telatah Manjanya Pula Buat Ramai ‘Cair’, “Comel G1la…”
Next article“Saya Berpeluang Jumpa Adik Adib…,” – Kanak-Kanak Minta Bapa Belikan Bola Futsal, Radin Era Terbaik! Hadiahkan Kasut Bola

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here