Home Viral “Saya rasa lebih baik” Majlis Nikah Syafiq Kyle dan Mimi Lana dibatalkan,sekali...

“Saya rasa lebih baik” Majlis Nikah Syafiq Kyle dan Mimi Lana dibatalkan,sekali mak Syafiq dedah perkara ini

249
0

“Saya rasa lebih baik” Majlis Nikah Syafiq dan Mimi Lana dibatalkan,sekali mak Syafiq dedah perkara ini

PEMBATALAN majlis pernikahan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana mengejutkan ramai pihak sehingga ada melahirkan rasa tidak percaya akan berita tersebut.

Menerusi tinjauan mStar, Syafiq dan Mimi tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing namun masing-masing masih belum memadam foto bersama.

Sehingga saat ini juga, Syafiq tidak memuat naik sebarang hantaran terkini di laman media sosialnya yang seolah-olah memberi gambaran dia enggan memberi sebarang reaksi berhubung pembatalan majlis berkenaan.

Malah usaha menghubungi pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, itu juga tidak berjaya.

Manakala Mimi pula sehingga semalam dilihat sibuk berada di lokasi penggambaran drama berjudul Headliners bergandingan dengan aktor Meerqeen.

Namun pelakon drama Perempuan Itu sempat memuat naik sebuah puisi dalam bahasa Inggeris yang menyentuh tentang penghargaan terhadap wanita di Instagram miliknya.

Tanpa sebarang kapsyen dan hanya meletakkan tanda noktah, Mimi turut menutup ruang komen hantaran berkenaan.

Sementara itu, memetik laporan Oh Bulan, adik kepada Syafiq iaitu Syazwan Razak enggan mengulas lanjut mengenai pembatalan pernikahan abangnya sebaliknya minta aktor itu sendiri berbicara mengenainya.

“Saya rasa lebih baik tunggu Syafiq sendiri cakap,” katanya.

Pengurus Mimi iaitu Iman Tang pula memberitahu Berita Harian aktres itu sendiri memaklumkan pembatalan majlis itu kepadanya Rabu lalu disebabkan terikat dengan jadual penggambaran selain perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.

Iman menjelaskan hubungan Mimi dan Syafiq masih baik dan perkembangan terbaharu mengenai majlis termasuk tarikh baharu akan diberitahu kemudian.

Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos ini mengambil keberkatan Jumaat, penghulu segala hari sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam.

Majlis sepatutnya diadakan di Puncak Rimba Bentong Pahang

Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis berkenaan hanya akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi.

SUSULAN terdapat dakwaan kononnya pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikatakan bernikah pada malam Jumaat, ibu kepada aktor berkenaan iaitu Rohaya Sulaiman menafikan tuduhan tersebut.

Rohaya, 60, juga bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan pembatalan pernikahan majlis Syafiq atau Muhammad Syafiq Shamim, 31, dan menyerahkan kepada anak lelakinya dan Mimi untuk memberitahu punca sebenar yang berlaku.

“Ish, tidaklah mana ada (nikah) malam ni… saya rasa lebih baik tanya sendiri kepada Syafiq dan Mimi.

“Saya tiada komen tentang pembatalan pernikahan mereka. Saya minta maaf, saya tidak boleh beri sebarang komen,” katanya kepada mStar.

Sumber yang mendakwa jiran kepada Mimi dari Taiping, Perak membuat kenyataan itu pada komen di laman sosial.

Semakan pihak mStar dengan produksi drama lakonan Mimi pula mendapati aktres berkenaan sudah mengambil cuti panjang bermula Jumaat tanpa menjelaskan tujuannya.

Sebelum itu, pengurus Mimi iaitu Iman Tang memaklumkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan terikat dengan jadual penggambaran selain perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous articleRamai tertanya bekas suami Shila Amzah hadir majlis perkahwinannya,sekali Ummi Nazeera dedah benda ini
Next article“Semoga dia ” setelah majlis kawin batal sekali Mimi Lana buat pendedahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here