Home Petua Tips Tiga sekawan dari Malaysia terkedu. Brlaku sesuatu tak dijangka selepas tegur petugas...

Tiga sekawan dari Malaysia terkedu. Brlaku sesuatu tak dijangka selepas tegur petugas s4man parkir di Sngapura

191
0

HIDUP ini jangan s0mbong, apatah lagi menyusahkan orang.

Adab tidak mengenal usia atau latar belakang, maka tidak salah bagi kita untuk menegur orang lain.

Begitulah prinsip yang dipegang oleh seorang pemuda biarpun bekerja di negara jiran Singapura.

Menerusi satu perkongsian, lelaki berkenaan menegur seorang lelaki yang bertugas mengeluarkan saman atas kesalahan parkir di tempat letak motosikal.

“Bang, dekat sini boleh parking ke, sambil tunjuk arah parking. Boleh-boleh, cuma line merah je tak boleh. Oh, okay bang, terima kasih. Abang tu pun tersenyum lalu menyambung tugasnya.

“Sebenarnya saya dan kawan-kawan tahu je tentang undang-undang tu. Tapi disebabkan nak beramah mesra, saya pun pura-puralah tanya untuk jadikan asbab permulaan berbual,” tulis pemuda itu menerusi Facebook Eddie Dieana.

 

Mercu tanda Singapura, Merlion di sebalik bangunan pencakar langit. 

Bersama dua lagi rakan, Eddie memberitahu, mereka kemudian berkunjung ke sebuah kedai makan sebelum secara kebetulan bertemu semula dengan petugas berkenaan.

“Tiba-tiba abang yang kami tegur tadi pun datang di kedai makan yang sama. Melihat beliau keseorangan, kami pun pelawalah beliau duduk semeja dengan kami.

“Bermulalah sesi suai kenal. Orangnya muda lagi, baru berumur 24 tahun. Tapi sebagai tanda hormat saya tetap memanggil beliau dengan gelaran abang,” katanya sambil menambah petugas tersebut dapat menjangkakan mereka bertiga merupakan rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, Eddie yang berasal dari Johor Bahru, Johor berkata, petugas itu berasa kagum dengan keberadaan mereka bertiga di Singapura atas tuntutan kerja demi menyara keluarga.

“Saya respek la dengan semua rakyat Malaysia yang ada dekat sini. Hati kental demi famili. Kalau saya pun belum tentu sekuat awak semua. Apa yang membuatkan korang sekuat ni eh?

“Terpaksa bang. Disebabkan nilai tukaran matawang 3.04 itulah kami masih di sini. Kalau tak kami pun dah balik ke Malaysia.

“Kalau kami balik sekarang pun, takut tak ada kerja kat sana. Kos nak balik PCA (Peraturan Ulang Alik Berkala) pun bukan murah,” katanya sambil menambah kekangan lain termasuk tempoh kuarantin 14 hari di negara Republik itu dan ujian swab Covid-19.

 

Ketika makan bersama sambil berbual secara santai. foto FB Eddie Dieana

Antara topik perbualan santai sambil menikmati makanan ketika itu adalah mengenai kerinduan mereka terhadap keluarga kerana sudah lama tidak pulang ke Malaysia berikutan sempadan kedua-dua negara masih ditutup akibat pandemik.

Malahan, petugas warga Singapura itu turut meluahkan sudah lama tidak berkunjung ke Malaysia.

Tidak lama kemudian, Eddie berkata, petugas yang dipanggil ‘abang’ itu meminta diri untuk meneruskan tugasnya, manakala mereka bertiga masih meneruskan perbualan.

“Bila dah selesai semua. Kami pun pergi ke kaunter untuk bayar. Berapa semua bang? Semua sekali S$37 (RM113), tapi tak perlu bayar lagi. Abang yang tadi dia dah bayarkan.

“Dan dia pesan, kalau lain kali kami datang lagi ke kedai ni, sila telefon dia. Dia nak bayarkan melalui Paynow… sambil tunjuk kertas nombor telefon dia,” ujarnya yang memetik kata-kata pekerja kedai makan itu.

 

Antara topik perbualan di kedai makan. sumber FB Eddie Dieana

Peristiwa itu membuatkan Eddie dan dua rakannya terdiam seketika dan hanya mampu bersyukur dan menghargai jasa baik petugas berkenaan.

“Allahuakbar, terdiam jap kami bertiga. Murahnya hati awak abang. Alhamdulillah, semoga awak dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah,” katanya.

Eddie berkata, dalam hidup ini tidak rugi pun kalau kita selalu bertegur sapa dengan orang lain.

“Sebab ia bukan sahaja dapat menambah kenalan, tapi juga menguntungkan kita dalam banyak perkara. Kalau kita sombong dengan orang pun tak ke mana,” katanya.

Sumber : mstar

Previous articleEmpat Individu Di K0mpaun RM10 Ribu L4nggar SOP, Individu Yg Pertama Tu Mmg Tak Disangka
Next article“Mu jawab dengan All4h.” Tvlar Warga emas kecewa tak dibenar solat Jumaat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here