Home Petua Tips “Shah Iskandar Meningg4l Dunia?!” – Shah Iskandar terkejut tonton video berita kem4tian...

“Shah Iskandar Meningg4l Dunia?!” – Shah Iskandar terkejut tonton video berita kem4tian sendiri di TikTok

67
0

PENYEBARAN video di aplikasi TikTok mendakwa Shah Iskandar sudah meningg4l dunia mengejutkan aktor tersebut.

Gara-gara berita palsu itu, Shah, 40, berkata dia dihujani banyak pertanyaan daripada teman-teman yang mahu mendapatkan kesahihan mengenai video berkenaan.

“Semasa itu saya sedang menjalani penggambaran, terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai video berkenaan.

“Saya cari video itu di aplikasi TikTok, rasanya orang yang meninggal dalam berita tu nama dia Shah Iskandar juga tapi individu yang buat video berkenaan pakai gambar saya.

“Saya pun tak pasti cerita sebenar… apa-apa pun Alhamdulillah saya masih hidup lagi,” katanya kepada mStar.

shah 2

Perkongsian Shah Iskandar di TikTok.

Sebelum itu menerusi Instagram, Shah menafikan dakwaan kononnya dia sudah meningg4l dunia seperti dalam rakaman video tular di TikTok.

“Kepada yang cuba buat video viral saya meningg4l kerana kem4langan kereta atau motor, tak apa saya maafkan.

Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu

SHAH ISKANDAR

PELAKON

“Mungkin lain kali check dulu betul ke tak sebelum nak letak di TikTok ya sebab macam inilah reaksi saya masa tengok video tu… tergosok-gosok mata tau,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini meminta individu berkenaan menyemak dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada umum.

Shah Iskandar terkejut tonton video berita kem4tiannya di TikTok.

“Tak baguslah macam ni, tak selidik dahulu tapi pakai main post kat TikTok, sekarang ni mereka nak content sanggup buat apa sahaja.

“Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous article“Sangat MeIampau..” -Hakim Beritahu Apa Yang Jadi Lepas 2 Hari Arwah Abam Meningg4l
Next article“Rehat Lah Chey..” Isteri Maklumkan Sesuatu Terjadi Kepada Achey, Peminat & Rakan D0akan Achey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here