Home Petua Tips Tiga hari sukar bernafas… Sweet Qismina positif Covid-19, kini kuarantin di Ipoh...

Tiga hari sukar bernafas… Sweet Qismina positif Covid-19, kini kuarantin di Ipoh –

272
0

PELAKON Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) pada Selasa.

Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata dia mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Instagram, pihak pengurusan Warner Music Malaysia memaklumkan Sweet kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kecil hati, Sweet Qismina hormat pendirian Haqiem Rusli mahu wanita bertudung dalam MV – “Saya ambil keputusan undur diri selepas berbincang”

“Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran berasa tidak sihat dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.

“Sweet membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah positif. Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan buat saringan PCR dan keputusan positif.

“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Sweet tiada sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” kata syarikat pengurusan Warner Music Malaysia.

Perkongsian Sweet di laman Instagram.

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.

“Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh.

“Doakan semoga Sweet cepat sembuh daripada Covid-19 ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleBapa Meningg4l Dunia Akibat C0vld . Azlan Typewriter Bgitahu Apa Yg Dia Dpt Teng0k Detlk2 Akhir –
Next article“Tak semua perempuan seksi murah nak disentuh!” – Instafamous bergambar dengan PU Amin terkejut dituduh ‘jual’ tubuh – Video | mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here