Home Petua Tips Kita ada ubat untuk rawatan C0v-19

Kita ada ubat untuk rawatan C0v-19

3306
0

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan boleh digunakan untuk rawatan Cov-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekalan ubat itu sedia ada di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan semakan dengan pangkalan data produk berkenaan berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Bekalan ubat-ubatan yang memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan Cov-19.

“Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terbabit dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial Cov-19’ yang mana ubat kajian itu akan digunakan.

“NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin.

“Bagi ubat Favipiravir, KKM sedang mendapatkan ubat berkenaan daripada pembekal,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurutnya, dalam situasi pandemik Cov-19, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

“KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Previous articleSampai Berlari Aliff Syukri Lintas Jalan Raya, Rupanya Mahu Belanja Anggota P0lis Makan KFC
Next article“Jika Ditakdirkan M4Ti, Mama Reda, Mama M4Ti Dalam Senyum” – Anak Bimbang A. Aida Tinggalkan Rumah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here