Home Petua Tips Wanita ‘bangkit’ berkemas selepas puas menangis tengok rumah baru beli tenggelam, menakjubkan...

Wanita ‘bangkit’ berkemas selepas puas menangis tengok rumah baru beli tenggelam, menakjubkan kini berseri macam tak pernah kena banjir

92
0

TRAG3DI banjir yang melanda Selangor pada Disember lalu ternyata meninggalkan kesan yang mendalam buat penduduk terlibat.

Tidak terkecuali tentunya Nasyadila Zainal Abidin, 30, dari Banting yang mengalami kerugian harta benda serta berdepan proses pembersihan kediaman yang cukup lama.

Mengimbas tr4gedi yang berlaku pada 18 Disember itu, dia bersama suami, Mohd Khairul Azizul Che Ghazali, 33, serta dua orang cahaya mata terpaksa bermalam dalam kereta selepas kediaman mereka dinaiki air sehingga paras pinggang.

“Air mula naik sekitar jam 8.30 malam. Ketika itu saya baru nak pergi kerja. Tapi suami tanya, betul ke nak pergi kerja? sebab air tengah naik. Kalau nak diikutkan, kawasan rumah kami tak pernah banjir sebelum ini.

nasya4

“Dalam masa singkat, air terus naik hingga ke paras pinggang. Kami sekeluarga akhirnya tidur dalam kereta di atas kawasan jalan raya yang tinggi. Nak pergi ke masjid yang jadi Pusat Penempatan Sementara (PPS) pun tak boleh sebab air makin tinggi.

“Ada saudara-mara di Kuala Lumpur, tapi kami enggan pergi jauh, risau susah nak tengok keadaan rumah. Dua hari juga kami tidur dalam kereta. Kami hanya makan roti, lepas tu ada juga orang hulurkan nasi. Memang tak mandi masa tu,” ujarnya.

Menurut Nasyadila, mereka sekeluarga kemudiannya berpindah ke sebuah PPS yang disediakan majikannya selama seminggu sebelum kembali ke kediamannya apabila banjir mula surut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Nasyadila mengalir air mata melihat keadaan rumahnya selepas air banjir surut.

Menurut wanita yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan itu, dia berendam air mata selama tiga hari kerana terlalu sedih melihat keadaan rumahnya yang tervk terkesan dek bencana berkenaan.

“Seminggu juga kami duduk di sebuah dewan. Bila banjir surut, kami pun balik ke rumah. Saya dapati mesin basuh, katil, televisyen dan peti ais rosak akib4t ditenggelami air. Tapi mujurlah peti ais dapat dibaiki semula.

Dua hari juga kami tidur dalam kereta. Kami hanya makan roti, lepas tu ada juga orang hulurkan nasi.

NASYADILA

“Saya pula seorang yang suka kemas rumah, tak suka tengok rumah kotor. Bila balik selepas banjir, saya menangis selama tiga hari sebab tak boleh terima keadaan itu. Sesiapa saja yang hubungi untuk bertanya khabar, mesti saya menangis.

“Tapi lepas saya lihat keadaan di Taman Sri Muda yang lebih teruk, baru hati saya mula reda. Rupa-rupanya ramai yang alami nasib lebih tervk berbanding kami sekeluarga,” ujarnya yang baru setahun membeli kediaman itu.

nasya2

Mereka sekeluarga menetap di kediaman itu sejak setahun lalu.

Selepas lebih sebulan bertungkus-lumus, Nasyadila dan suaminya yang sama-sama bekerja sebagai polis bantuan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) 2 akhirnya dapat menarik nafas lega apabila kediaman mereka sudah pulih seperti sedia kala.

“Masa awal-awal hari tu, ada juga kawan-kawan suami datang bantu bersihkan. Selebihnya, kami berdua buat perlahan-lahan. Selain beli semula kelengkapan yang rosak, suami juga kena cat semula rumah kami.

nasya3

Mahligai keluarga itu kembali berseri selepas lebih sebulan tr4gedi melanda.

“Pesan saya kepada m4ngsa banjir yang lain, harap anda semua sabar. Buat perlahan-lahan, beli apa yang penting dulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, video keadaan terkini kediaman Nasyadila yang dikongsi ke aplikasi TikTok turut tular sehingga meraih lebih lebih 160,000 tontonan.

Satu lagi video yang memaparkan situasi banjir di kediamannya pada Disember lalu turut meraih hampir sejuta tontonan dan dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articlePad4h Kac4u Anak, Oyen Lari Tak Cukup Tanah Kena ‘Fly1ng K1ck’ Dih4lau Mak Ayam
Next articlePengalaman jadi warden penj4ra… Amirul Asyhwad tersentuh h4ti baca surat b4nduan insaf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here