Home Petua Tips Curi Peluang Beraya Awal Di ‘Kampung’, Dr Sheikh Muszaphar Sedih Ketiadaan Ibu...

Curi Peluang Beraya Awal Di ‘Kampung’, Dr Sheikh Muszaphar Sedih Ketiadaan Ibu Sewaktu Adilfitri

73
0

“Pulanglah anak rantau…” itu pasti menjadi rintihan setiap ibu dikala subuh hening sewaktu di pagi Hari Raya.

Namun hati anak mana yang tidak merindukan emak dan abah di kampung, perasaan sayu dan hiba sudah tentu akan menyelubungi kita pada pagi Aidilfitri kerana tidak dapat mencium tangan ayah dan bonda bagi memohon keampunan daripada mereka.

Bagi mereka yang tinggal di bandar, pasti sukar untuk melawat ibu di kampung meskipun menjengah seketika, namun kelebihan bagi mereka yang tinggal tidak jauh dari radius jarak rumah yang dibenarkan mungkin mempunyai peluang untuk berjumpa dengan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Memuat naik video di Instagram, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan melalui video dakapan manis bersama ibu tercinta di mana beliau mengambil kesempatan untuk membawa anak-anaknya berjumpa dengan nenek mereka tanpa sebarang pelanggaran larangan merentas negeri malah keluarga ini berjumpa sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di kawasan yang telah diumumkan.

“Malam terakhir bersama Ibu

Sebak di Dada hanya Allah yang tahu

Tanpa Ibu tiada hala tuju

Walaupun Rumah hanya berbatu

Namun terasa sukar buat diriku

Tabahlah wahai Ibu

Ia hanya untuk sementara waktu…”

 

Adegan salam-menyalam seperti kebiasaan di pagi raya yang dikongsi itu telah membuatkan warganet menitiskan air mata mengenangkan keluarga mereka yang berada di nun jauh di kampung halaman.

Bukan senang untuk menerima hakikat yang perlu kita telan bahawa negara masih belum menang dalam menumpaskan wabak Covid-19 yang belum berkesudahan.

Jiwa yang meronta-ronta mahu memeluk cium orang tercinta perlu diteguhkan hati buat seketika kerana mungkin kesempatan kali ini untuk tidak dapat beraya di kampung menjadi tanda kasih sayang kita kepada ibu-bapa bagi mengelak mereka dijangkiti sebarang wabak penyakit.

“Semoga Allah permudahkan dirimu

Ku panjat Doa buatmu

InsyaAllah akan ketemu …

Amiinn Ya Rabb…

Juga buat Abah & Umi di Seremban yang sudah setahun tak bertemu

Begitu pasrah tanpa kehadiranmu

Ku pohon Doa sepanjang hayatmu”

 

Tidak menjadi mustahil untuk kita merasai semula kemeriahan raya yang seperti sediakala, malah kehidupan dalam normal baharu ini tidak menjadi penghalang untuk kita tetap mengukir senyuman untuk bergurau senda, bermaafan bersama keluarga kerana melalui kemudahan teknologi yang ada, semuanya masih dapat berhubung.

Jangan jadikan alasan ini untuk tidak dapat menyapa ibu dan ayah di kampung meskipun hanya melalui panggilan telefon.

Sama-sama kita menyekat penularan wabak Covid-19 ini dengan patuh kepada larangan merentas negeri dan amalkan penjarakan sosial di mana jua kita berada.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous article“Neelofa Beli Dalam Dua Atau Tiga Gulung..” Pekerja Kedai Carpet Dedah Neelofa Beli Karpet RM10,000
Next article“Lepas Majlis Itu, Banyak Event Saya Tak pergi, Nak Bergambar Pun Takut”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here