Home Petua Tips Dakw4an Khairuddin diperiksa di SJR Perasing Bersama Mawar Karim. Ini Pendedahan Pihak...

Dakw4an Khairuddin diperiksa di SJR Perasing Bersama Mawar Karim. Ini Pendedahan Pihak p0lis

66
0

 

KUALA TERENGGANU – Polis mengesahkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

“Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam pada itu katanya, siasatan penuh akan dilakukan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu bagi merungkai khabar angin dan dakwaan yang tersebar.

Rabu lalu tular maklumat menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penahanan Mohd Khairuddin di SJR Perasing.

Ahli Parlimen terbabit didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Kisah mengenai pemimpin Pas yang dikatakan berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda itu hang4t diperkatakan sejak semalam.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang penafian dibuat daripada kedua-dua pihak.

Pada 20 September 2020 tular di media sosial empat keping gambar Mawar mengunjungi beberapa lokasi menarik di Terengganu termasuk di jambatan angkat, bot penambang di Kuala Terengganu dan Pantai Rantau Abang di Dungun yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Mawar merupakan anak kepada pengasas tudung terkemuka dan mempunyai seorang anak, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Khairuddin nafi kahwin dengan Mawar

Tular satu whatsapp berkenaan dengan DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditahan di sekatan jalan raya di Perasing, Terengganu semalam.

Lebih mengejutkan, dalam tulisan tersebut menyebut tentang dakw4an ada seorang wanita yang dikenali ramai turut bersama-sama dalam kenderaan tersebut.

Wanita yang pernah menjadi isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Abd Karim itu didakwa dilihat berada dalam kereta yang sama dalam kereta MP kuala Nerus tersebut.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen dari PAS tampil menjawab dakwaan tersebut

“Saya menafikan ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.

“Menafikan berkahwin dengan Mawar Abdul Karim. Saya akan keluarkan kenyataan penuh sejurus selesai membuat laporan polis,” kata kenyataan itu.

Kongsi Gambar Tangan Lelaki Misteri, Mawar Karim Sudah Temui Pengganti Fizo Omar?

Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi beberapa keping gambar tangan lelaki misteri di Instagramnya.

Enggan mendedahkan wajah pemilik tangan berkenaan, Mawar membiarkan peminatnya berteka-teki akan individu berkenaan.

Pada masa sama, Mawar menulis bingkisan dan iltizamnya sempena kedatangan tahun baharu 2021.

“Buat 2021, saya mahukan lebih cabaran, berhubung dengan lebih ramai orang yang baik-baik, belajar perkara positif dan lebih kuat,” kata Mawar.

Sementara itu, menerusi ruangan Instagram Stories, Mawar ditanya mengenai pengganti bekas suaminya, Fizo Omar.

“Tiada istilah pengganti dalam perhubungan. Bagi saya, bukan macam baju boleh tukar ganti.

“Dalam perhubungan bukan senang nak jumpa soulmate yang betul-betul ikhlas dengan kita kerana Allah,” jawab Mawar.

Ditanya juga sama ada Mawar akan kembali bersama Fizo, usahawan tudung terkenal itu menyifatkan soalan terbabit terlalu peribadi.

“Maaf soalan itu terlalu peribadi saya tak boleh jawab. Benda dah lepas tak perlu dipersoalkan, diulang lagi.

“Terima kasih kalian yang sentiasa memahami saya. Wanita kena kuat dan terus survive. Hanya orang yang lalui fasa perkahwinan dan pencera1an sahaja memahami apa yang dilalui,” kata Mawar.

Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, pasangan itu bercer4i pada Julai 2019.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber:limauasamboi

Previous article‘Pend4patan Berapa La Sangat’ – Pentern4k Lembv Terkedv Kna Kmpaun RM15OO Tak Pak4i PeIitup Mvka
Next articlePU Riz Ded4h Kesuk4ran Menj4ga Neelofa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here