Home Petua Tips Bagi Yg Dah Berjaya Rentas Negeri Balik Kampung, Jangan Terkejut Kalau Polis...

Bagi Yg Dah Berjaya Rentas Negeri Balik Kampung, Jangan Terkejut Kalau Polis Datang ‘Beraya’ Ye

316
0

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

Jangan seronok sangat kepada yang dah berjaya balik kampung.

Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti.

Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.

” Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

” Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara,” katanya kepada BH hari ini.

Polis ada rekod butiran individu serta kenderaan

Beliau berkata, polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan.

” Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri,” katanya.

Sebarang kesalahan pergerakan rentas negeri boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967.

Sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berulang-kali menegaskan supaya masyarakat tidak melakukan sebarang pergerakan rentas negeri semasa musim perayaan ini.

Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang sebelum ini sudah ‘terlepas’ pulang ke kampung halaman tidak semestinya akan ‘terlepas’ apabila hendak kembali semula ke rumah.

Jangan menyusahkan diri sendiri, kata Ismail Sabri

Sementara itu sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

” Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia berdegil untuk balik kampung …semalam juga sebanyak 1,175 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM.

” Walaupun pelbagai nasihat dikeluarkan dan pihak polis mengarahkan untuk patah balik dan memberi nasihat,” katanya dalam sidang media harian mengenai perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hari ini.

Dua hari lepas, sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri telah diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, ditanya mengenai dapatan soal selidik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), beliau berkata lebih 70 peratus daripada 215,712 responden bersetuju meraikan Hari Raya Pertama bersama ahli keluarga di rumah yang sama sahaja.

Sumber : Asiakini.com

Previous articleSidang parlimen hari ini sampah dan tidak berguna – Xavier Jayakumar Tuju kat Sape Tu
Next article(VIDEO] Peng0rbanan Frontliner, Jururawat Hamil 4 Bulan Meningg4l Akibat Covid19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here